Pelakon yang juga juara rancangan Pilih Kasih, kini hilang deria penglihatan

450 views

Bekas juara program realiti Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan, telah menerima satu ujian yang amat berat. 

Pelakon berumur 35 tahun ini telah pun disahkan kehilangan deria penglihatan di kedua dua belah matanya. 

Semuanya terjadi sekelip mata, apabila Iqbal terkena jangkitan kuman pada bulan Mac tahun lalu. 

Iqbal kini bergelar orang kurang upaya atau OKU dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti insan normal. 

Tambahnya dia akur jika tidak lagi dapat melihat untuk buat selama lamanya. 

“Saya redha dengan apa yang terjadi kepada saya. Pasrah saja jika Tuhan belum berikan peluang untuk saya melihat kembali pun tak apa, saya tak mempersoalkan apa-apa.” 

“Keadaan saya ketika ini duduk rumahlah, kalau keluar harapkan ayah untuk drive.” 

“Mata saya memang tak nampak macam biasa. Jika tengok kat luar memang terlalu silau.” 

“Kalau tengok di dalam rumah, memang gelap habis.” 

“Ada satu dot kat tengah-tengah yang saya boleh guna kadang-kadang, tapi kalau guna lama sangat ia akan tangkap mata saya terus jadi tegang.” 

“Kalau cuba fokus nak tengok jauh, terus sakit kepala.” 

“Untuk warna pula, saya hanya nampak hijau dan merah saja, yang lain semua black and white.” 

Selain dari rawatan di hospital, Iqbal berkata dia pun dah cuba pelbagai rawatan alternative yang lain. 

“Ubat sekarang ni tengah ambil prednisolone, dan kesannya badan saya naik.” 

“Dah cuba beberapa alternatif lain, ada pergi doktor sensei cina, ada pergi perubatan Islam, kerana ada juga cakap mungkin saya terkena buatan orang.” 

Sejak hilang deria penglihatan, Iqbal akui sudah tiada punca pendapatan.  

Iqbal juga tak mampu membantu ibu bapanya yang masih lagi bekerja sebagai peniaga. 

“Kalau di rumah, saya dah hafal semua kedudukan, tapi itu pun kadangkala masih lagi ada terlanggar, terutama di bahagian tangan.” 

“Saya ada cuba tolong mak saya berniaga, namun ada tolong dulu, angkat terus tumpah, jadi saya dah tak berani lagi.” 

“Ayah saya sekarang yang angkat berniaga umur pun dah 70 lebih. Dia akan payung sorang-sorang, bukannya ringan tu. Sampai bila mereka nak jaga anak yang umur 35 tahun ini.” 

Iqbal kini tinggal bersama ibu bapanya yang berumur 70an di Kapar, Klang. 

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Iqbal telah menjual segala barangan peribadinya termasuklah komputer dan juga kereta. 

Dugaan yang berat ini bukannya mudah untuk dilaluinya. 

Kata Iqbal Mazlan, dia amat rendah diri kerana tidak dapat bekerja, malah pernah terdetik untuk menamatkan riwayatnya sendiri. 

“Memang saya tengah terdesak sangat. Saya mesej ramai orang. Tapi kini rakan saya hanya tiga ornag saja.” 

“Saya memang tak kuat dan sedang jalani rawatan kemurungan.” 

“Tak kuat betul, kalau tak ada mak ayah, anak, tak ada rakan ni, saya dah tak ada kat dunia ni, saya dah terjun dah.” 

“Hari-hari saya ada pemikiran macam tu. Terjun je Bal, kau dah tak ada mata ni, terjun je.” 

“Orang kata, Allah tak uji kalau orang tu tak boleh tanggung, saya sedar benda tu.” 

“Terima kasih kepada mak bapa saya, keluarga saya yang selalu ingatkan saya.” 

Iqbal akur dengan ketetapan takdir dan kini akan cuba kuatkan diri, dan mahu bangkit. 

Ini video penuh temubual Iqbal dengan Mstar.

Sama-sama kita doakan agar semua urusan Iqbal Mazlan akan dipermudahkan.