“Sedih saya” Ernie Zakri terus saja tak muatnaik wajah anaknya

728 views

Penyanyi Ernie Zakri kini telah pun mengurangkan memuatnaik gambar anaknya iaitu Nur Khawla Soleha di Instagram. 

Ramai juga yang bertanya, mengapa Ernie mengambil pendekatan berkenaan. 

Rupanya, Ernie Zakri telah terkilan dan terkesan dengan beberapa komen yang diterimanya sejak kebelakangan ini. 

Isteri kepada Syamel itu memberitahu, ada segelintir individu yang telah membahan wajah anaknya itu. 

Ada yang menulis komen bahawa anak kecil baru berumur 2 tahun itu sebagai baby yang tidak comel. 

Melihat komen sedemikian, Ernie terguris hati lantas terus mengurangkan upload foto anaknya.  

Ini komen Ernie tentang kejadian ini. 

“Memang normal lah jika seorang ibu rasa sedih.” 

“Wujud juga individu yang tak berakal.” 

“Tapi saya yang bertanggungjawab tentang semua itu, sebabnya saya yang tayang anak.” 

“Bila saya sudah tahu perkongsian anak itu membawa ke arah yang tak baik, saya kurangkan hantaran berkaitan anak, apatah lagi anak saya dikutuk sebegitu.”  

“Ini merupakan tanggungjawab saya dan juga suami.”  

“Saya tahu bukannya semua orang suka tengok anak kami namun apabila ada yang kata anak saya tak comel, saya jadi sedih.” 

Sungguhpun begitu, buat masa sekarang ini, Ernie dan Syamel tidaklah sampai mahu mengambil tindakan undang-undang dengan komen sedemikian.  

“Buat masa sekarang ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tak begitu teruk.” 

“Mereka ni mahu perhatian, kalau layan semakin menjadi.” 

“Kalau tak bagi perhatian, mereka akan berhenti.” 

“Selagi tak jejaskan reputasi kerjaya dan mengganggu keluarga, saya dan suami tak ambil tindakan undang-undang.” 

Selain anak Ernie Zakri dan Syamel, sebelum ini ada juga beberapa anak artis yang pernah menimpa nasib yang sama seperti anak Nora Danish, dan juga anak Sharifah Sakinah.