Polis sahkan tahan ibu bapa Zayn Rayyan, direman 7 hari

1,620 views

Ini merupakan perkembangan terkini tentang kisah Zayn Rayyan, yang ditemui meninggal dunia pada Disember yang lepas. 

Zayn Rayyan merupakan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang juga seorang autisme. 

Kes Zayn ini mendapat liputan meluas di seluruh negara dan sehingga kini masih lagi belum selesai dan masih menjadi pertanyaan apa sebenarnya yang terjadi, siapakah dalangnya. 

Perkembangan terbaru, semalam, pihak polis telah menahan kedua ibu bapa Zayn Rayyan. 

Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis. 

Ketua Polis Negeri Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, telah mengesahkan penahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sekitar jam 11 pagi. 

Mereka berdua ditahan di Puncak Alam dan akan direman pada hari ini, Sabtu, 1 Jun 2024. 

Sehingga kini, dikatakan keduanya akan diambil keterangan namun belum lagi ada sebarang butiran rasmi dikeluarkan berkaitan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan ini. 

UPDATE: DITAHAN REMAN 7 HARI

Sekitar jam 850 pagi, kedua dua ibu bapa Zayn Rayyan telah hadir ke mahkamah dengan menaiki kenderaan polis.

Mahkamah telah membenarkan kedua mereka ditahan reman selama 7 hari.

Ini kenyataan Ketua Polis Selangor.

“Tangkapan berdasarkan risikan sejak dari hari pertama kejadian sehingga sekarang. Penahanan mereka untuk membantu siasatan.” 

“Mereka berdua direman selama tujuh hari, siasatan akan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).” 

KENYATAAN PEGUAM IBU BAPA ZAYN RAYYAN

Pihak peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan juga telah memberi kenyataan tentang penahanan mereka.

“Penahanan mereka berdasarkan perkembangan terbaru dari siasatan pihak polis.” 

“Semalam polis telah pun menahan OYDS (orang yang disiasat) di kediaman mereka.” 

“Sekarang ni diharap jangan buat sebarang spekulasi, mohon semua netizen bersabar.” 

“Buat masa sekarang ni masih dalam tempoh reman, dan masih dalam siasatan, belum lagi aa yang kena tuduh. Belum lagi ada siapa yang suspek utama.” 

IBU BAPA ZAYN RAYYAN TERKEJUT JADI SUSPEK

Dalam pada itu, peguam berkenaan berkata, kedua dua ibu bapa Zayn Rayyan dalam keadaan terkejut dan tidak menyangka, setelah ditahan reman atas menjadi suspek untuk kes mereka.

Ini video penuh kenyataan peguam.

Diimbas kembali kes, Zayn Rayyan dilaporkan hilang oleh ibunya paa 5 Disember. 

Sejak itu, satu operasi dilancar untuk mencarinya dan turut dibantu oleh orang ramai. 

Kemudian Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam pada tarikh 7 Disember 2023. 

Zayn Rayyan ditemui di lokasi yang mana jaraknya kira-kira 200 meter dari blok rumahnya. 

Baca laporan dari saksi yang menemui Zayn Rayyan DI SINI

Polis kemudian mengesahkan bahawa Zayn Rayyan meninggal dunia akibat dibunuh, hasil laporan post mortem. 

Ibu bapa kepada anak istimewa ini ternyata amat beremosi apabila mengetahui kejadian yang menimpanya, Boleh baca DI SINI

Ini paparan kronologi kes Zayn Rayyan dari Metro TV.