Jofliam dan Cik Epal masih tinggal serumah

2 views

Influencer yang juga usahawan pizza, Jofliam kini sedang diuji dengan kisah rumah tangga bersama isteri, Cik Epal. Kisah Jofliam dan Cik Epal menjadi tumpuan ketika ini. 

Pelbagai cerita keluar melibatkan pasangan suami isteri ini, sehingga status mereka juga masih lagi belum diketahui sma ada masih lagi suami isteri atau pun sudah sah berpisah. 

Namun begitu, baru-baru ini, Jofliam berkata, sehingga kini, dia dan isteri masih lagi tinggal bersama di bawah satu bumbung. 

Walaupun Jofliam sebelum ini pernah menulis bahawa dia dan Cik Epal bukan lagi suami isteri, namun status mereka masih lagi belum disahkan, dan dikhabarkan masih lagi menunggu keputusan dari mahkamah. 

MASIH TINGGAL BERSAMA

Menerusi satu komen, Jofliam yang baru pulang dari pertandingan pizza di Italy, berkata, selepas pulang ke Malaysia, dia masih lagi tinggal bersama Cik Epal. 

“Saya tak pernah meninggalkan family saya. Saya masih duduk serumah. Balik ni pun saya duduk serumah lagi.” 

“Sebelum ini pun saya buat kenyataan ditujukan kepada keluarga saya yang buat kepala.” 

HUBUNGAN BAIK, TAHU DEWI KE ITALY

Malahan, sebelum ke Italy, isterinya juga memberi restu untuk Joflim ke kota Milan dan masih dalam keadaan baik. 

Begitu juga kehadiran pekerjanya yang bernama Dewi, jelasnya, Cik Epal tahu segalanya.  

Jofliam berkata isterinya itu sendiri memberi izin kepadanya untuk membawa Dewi ke Milan untuk pertandingan Top 100 Pizza. 

“Dewi datang ke Milan atas pengetahuan dan keizinan Cik Epal. Sehari sebelum ke Milan saya dan Cik Epal bersama buat persediaan ke Milan. Hadiah yang Dewi dapat pun, Cik Epal juga yang beli bersama saya, siap dia pilih lagi.”  

“Sepanjang saya di Milan, saya masih video call Cik Epal dan juga anak-anak saya.” 

“Tak ada masalah langsung. Jika benar saya curang, untuk wanita seperti Cik Epal yang benci lelaki curang, dah lama saya kena. Tetapi mengapa tak ada apa-apa, mengapa Dewi masih boleh update seperti biasa? Itu lah ramai yang tak tahu.” 

“Jawapan hanya boleh diberikan oleh Cik Epal saja. Saya harap jangan dari mulut Dewi sebab jika dari mulut Dewi, ianya akan jadi lebih teruk sebab jawapan Dewi, fakta dan straightforward.” 

Ini komen penuh dari Jofliam. 

Kisah Jofliam dan Cik Epal kini menjadi perhatian ramai, dan membuatkan ramai tertanya tanya apa sebenarnya status mereka.