“Saya okey saja, jadi diri sendiri” Alya Iman

835 views

Di majlis Anugerah Bintang Popular, pelakon sedang meningkat naik iaitu Alya Iman menjadi tumpuan lensa kamera dan juga perhatian orang ramai, gara-gara fesyen Alya Iman di ABPBH yang dipakainya, yang mana pemakaiannya dikatakan agak terdedah. 

Alya Iman yang hadir di majlis itu mengenakan gaun terdedah di bahagian atas dan bahu, fashion dari Ivan Young. 

Pelakon berumur 23 tahun berkenaan tiba dengan menaiki sebuah kereta di red carpet dan semasa keluar, terus saja menutup bahgian atas dengan tangannya. 

Alya yang tiba hampir sama waktu dengan pelakon Sophia Albarakah, kemudian berjalan bersama sama, berpegangan tangan di red carpet. 

Pelbagai komen kurang enak dilontarkan kepada Alya Iman kerana fashion yang dikenakannya itu. 

IMBAS UCAPAN ALYA IMAN DI ANUGERAH LALU 

Ini bukan kali pertama Alya Iman menerima kritikan akibat dari fashion yang dipilih olehnya. 

Sebelum ini pun, semasa di majlis Anugerah Telenovela pada tahun 2023, Alya juga mengalami situasi yang sama. 

Pelakon ini teruk menerima komen kurang baik dari orang ramai tentang gaunnya ketika itu. 

Namun, Alya berkata dia tahu kesan dan juga akibat yang akan diterima apabila buat keputusan untuk mengenakan pakaian sedemikian.

“Saya menerimanya dan tahu akibat pakai seperti ini, orang akan berkata kata dan mengecamnya. Namun, saya fikir ini merupakan diri saya sendiri.” 

“Apapun saya menyukainya dan berharap orang akan terima. Saya okey saja dan mahu jadi diri sendiri.”  

“Ada yang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap membacanya juga. Kadangkala ada yang beri kesan kat saya.” 

“Akan tetapi saya mempunyai orang yang positif di sekeliling yang selalu bagi kata semangat pada saya.” 

Itulah komen dari Alya pada tahun 2023 ketika di majlis Anugerah Telenovela. Pointnya ialah hadi diri sendiri Alya Iman. 

Untuk info, sebelum ini, Alya Iman yang merupakan anak pelakon terkenal yang telah berhijrah iaitu arwah Azmil Mustapha, tampil bertudung, namun telah buat keputusan untuk tidak lagi bertudung pada tahun lepas kerana mahu menjadi diri sendiri.