Perempuan ni lebih beremosi- Shuk Sahar

304 views

Sebelum ini, isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh ada membuat luahan hatinya, sehingga wanita berkenaan berharap Shuk akan melepaskannya sebagai isteri. 

Menerusi luahan berkenaan, Fara berkata dia amat menyesali berkahwin dengan pelawak dan pelakon berkenaan. 

Baca luahan Fara Salleh itu DI SINI

Tak lama kemudian, kedua dua mereka dilihat telah pun berdamai, dan Shuk kembali berbaik dengan isterinya. 

Selepas berbaik, Shuk juga ada mengerjakan umrah bersama isterinya itu, LIHAT DI SINI. 

Baru-baru ini, menerusi satu temubual, Shuk akui, apa yang  terjadi sebelum ini hanyalah salah faham di antara suami isteri. 

Isteri Shuk Sahar itu dikatakan terlalu emosi sehingga meluah perasan di laman media sosial. 

“Lepas baik, kami ada tunaikan umrah, dan lepas balik tu, syukur semuanya okey.” 

“Kita ni lelaki boleh control perasaan, dan kita pun faham, kadangkala perempuan ni terlalu ikut emosi.” 

“Bila ikut emosi, itu yang akan buat sesuatu yang kita tak akan jangka. Sehinggakan cerita semuanya di laman media sosial.” 

“Zaman sekarang ni orang dah terlalu taksub dengan media sosial.” 

Shuk akui apa yang berlaku hanya salah faham saja dan semuanya pun dah diselesaikan. Katanya, dia dan isteri akan belajar dari kesilapan.  

“Yang berlaku sebenarnya hanya salah faham saja dan isteri saya terlalu ikut perasaan dan akui dulu memang saya pernah buat silap tapi belajar daripada pengalaman. 

“Saya pun tak ada kecil hati dengan apa yang berlaku.” 

“Sekarang ni semakin tenang dan kami selesaikan semuanya dengan baik.” 

“Akan cuba untuk control untuk tak lagi luahankan perasaan hati di media sosial.” 

“Saya hanya mahu mendoakan yang terbaik untuk family saya yang baru ini.” 

Itulah kenyataan Shuk Sahar ekoran isunya dengan isteri dulu, kini semuanya dah pulih dan kembali berbaik.