Pada hari Ahad yang lalu, telah berlangsung peringkat separuh akhir Famili Duo musim ke empat.
Agak mengejutkan apabila pasangan duo, Naqiu dan Joey tidak berjaya mara ke peringkat akhir.
Mereka tersingkir setelah hanya mendapat tempat ke empat saja.
Hanya tiga duo saja yang layak ke final iaitu Tomok dan Sharul, Ayie dan Salma serta Shiha dan Eida.
Naqiu dan Joey membawa elemen lucu yang menghiburkan ketika menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) dan juga Inilah Nasibku (NICO).
KOMEN JURI SELEPAS PERSEMBAHAN
Kata Datuk Rosyam Nor: “Persembahan menghiburkan, tetapi ada sedikit kekurangan seperti minggu lepas. Ni malam separuh akhir, patut lebih hebat, tak cukup besar untuk separuh akhir.”
“Apapun saya terhibur dengan lawak jenakanya. Kalau ni tempat untuk buat lawak, confirm korang juara.”
Ini komen Mas Idayu: “Tak pernah juara Joey ni, dia lawak, tapi tak pernah diberi peluang.”
“Kenapa Naqiu jadi macam tu, memang tak macho. Tapi okey, dengan apa awak nak buat ni, awak sanggup.”
“Memang nampak effort dorang berdua ni. Tapi untuk separuh akhir ni, memang belum cukup.”
“Mommy suka dengan persembahan, tapi nyanyian memang ada kurang sikit.”
“Joey ni banyak tak hafal lirik ni. Naqiu yang bantu banyak.”
KENYATAAN MAS IDAYU
Sebaik selesai program dalam satu temubual, Mas Idayu berkata, dia sedar Naaqiu mempunyai peminat yang ramai dan tahu satu nama besar setelah menang Gegar Vaganza.
Namun ianya berbeza untuk progrm berduet, yang mana peserta lain lebih baik darinya.
“Sebenarnya mommy letak harapan pada Naqiu dan Joey ni sejak awal lagi.”
“Naqiu salah satu nama besar dalam industri, seja dia menang sebuah rancangan, nama dia tengah naik.”
“Tak sangka ada kelemahan apabila dalam duet. Untuk berduet ni, orang ingat mudah, sebenarnya susah duet.”
“Kalau satu dah salah, terus tak sempurna yang satu lagi tu, jikalau rosak, maka rosak lah dua-duanya. Kalau bagus, dua-dua jadi bagus”.
“Lemah Joey bukan dari segi persembahan, tetapi dari segi vokal.”
“Bagi mommy, Naqiu tak ada masalah, dia ikut saja flow.”
“Mommy suka persembahan dorang, tapi pasangan duo lain lebih baguslah.”
Itulah komen Mas Idayu kepada Naqiu, Joey di peringkat separuh akhir.