Datuk Yusof Haslam batal holiday ke luar negara, guna wang bantu mangsa banjir

119 views

Pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mengambil tindakan untuk membatalkan rancangan holiday atau bercuti bersama family  ke luar negara.

Ini ekoran bahana banjir yang agak teruk yang sedang melanda Malaysia ketika ini. 

Bagi Yusof Haslam, untuk menikmati percutian ketika ramai rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir amat tidak sesuai. 

Dengan itu, Yusof mengambil pendekatan untuk menangguh percutiannya ketika ini.  

“Sekarang ini, hari-hari dalam hujan lebat dan banjir berlaku yang menyebabkan rakyat Malaysia pun jadi muram.”  

“Oleh itu, kami sekeluarga membuat keputusan batalkan perancangan percutian. Tak pergi mana-manalah sekarang ni.” 

“Tahun lepas pun, kita sekeluarga  sudah pergi ke Jepun untuk holiday.” 

“Jadinya, tahun ini kita berehatlah, tak bercuti. Kita tangguhkan dulu dan pada tahun depan, itu pun kita belum fikirkan lagi, fikir kemudian lah.” 

Melihat ramai keluarga terkesan, terutama di Pantai Timur, kata pengarah berumur 70 tahun ini, percutian akan jadi tak seronok. 

“Kita ni nak pergi untuk berseronok-seronok, tapi ianya jadi tak selesa sebab mengenangkan ada kawan-kawan dan staf Skop Productions yang kediaman mereka tenggelam akibat banjir di Kelantan.”  

“Adalah lebih baik duit yang ada itu sedekah untuk beri bantuan kepada mereka.” 

BANTU STAF YANG TERKESAN KERANA BANJIR

Katanya, pada tahun 2014, ketika bahana banjir yang agak teruk, dia sendiri ada turun padang beri bantuan, dan melihat sendiri keadaan tempat yang terjejas.  

“Sebelum ni tahun 2014 dulu semasa banjir teruk di Kuala Krai, saya dengan kumpulan bantuan pergi ke lokasi yang terjejas untuk bantu keluarga staf.

“Ada staf yang kehilangan rumah dan rosak akibat bencana alam masa tu.” 

“Kali ini pun saya rasa tak manislah untuk kita sekeluarga ke luar negara bercuti kerana ada di antara staf syarikat saya yang bersedih kerana ditimpa musibah berkenaan. Memang lebih baik untuk saya bantu mereka.” 

Yusof Haslam mungkin akan turun beri bantuan setelah keadaan banjir semakin pulih kelak.  

Sebelum ini, dikhabarkan, Datuk Yusof Haslam dan keluarganya termasuk Syamsul Yusof, akan bersama sama bercuti ke luar negara untuk berehat setelah sepanjang tahun bekerja. 

Percutian itu dirancang isteri Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah

Akan tetapi demi memberi bantuan para pekerja syarikatnya, percutian berkenaan akan ditangguhkan.