Ini komen last Mas Idayu kepada Sissy Iman di pentas final, lihat respon Sissy Iman

3,851 views

Semalam berlangsung pentas akhir rancangan Famili Duo. Sebelum ini rancangan nyanyian ini menjadi tular kerana komen yang diberikan oleh Mas Idayu kepada peserta Naim Daniel dan juga Sissy Iman. 

Komen dari Mas Idayu itu membuatkan Sissy Iman mengalirkan air mata secara live. 

Selepas itu, si semi final, Mas Idayu telah merajuk dan mengambil pendekatan untuk langusng tak memberi komen kepada kedua peserta itu. 

Ketika di pentas final, selepas Naim Daniel dan Sissy Iman membuat persembahan, ramai tertunggu sama ada Mas Idayu akan memberi komen atau terus merajuk. 

Ternyata di final ini, Mas Idayu akhirnya memberi komen kepada Naim Daniel dan juga Sissy Iman. 

Mas Idayu dan Sissy Iman dah pun berdamai, malah Mas Idayu juga emmberi komen yang baik kepada Sissy Iman.  

Antara pujian yang diberikan ialah vokal kedua penyanyi itu amat baik.  

“Saya ni seorang yang jenis kalau tak suka, saya akan terus saja cakap tak suka. Namun di malam ini, nyanyian serta vokal kamu berdua terbaik daripada keseluruhan program.” 

“Memang ikhlas saya komen ni, memang betul, pembahagian part lagu dan pembahagian harmoni tu. Hanya satu minggu saja yang kamu berdua ni buat silap.”  

“Sebelum ini dua-dua pun bagus, tapi pada minggu keenam saja ada silap. Sekarang awak berdua pun dah comeback dengan penuh semangat. Itu kena ada dalam pertandingan. Keseluruhan mommy memang amat suka.” 

Kemudian Mas Idayu memberi markah yang agak baik juga kepada Naim Daniel dan Sissy Iman iaitu dengan 8 markah. 

Manakala seorang lagi juri iaitu Ajai memberi markah sebanyak 7 markah kepada pasangan duo ini. 

Dalam pada itu, selepas tamat Famili Duo ini, Sissy Iman dilihat ada muatnaik gambar bersama Mas Idayu.

Ini sekaligus memberi gambaran kedua mereka kini sudah berdamai dan baik-baik saja.

Caption yang ditulis olehnya ialah “Sayang selalu Mas Idayu“.

Naim Daniel dan Sissy Iman merupakan pasangan sepupu dalam pentas Famili Duo ini dan merangkul tempat ke empat.