Luahan Isteri Along Cham

131 views

Isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 32 tahun telah tampil membuat satu sesi siaran langsung di laman Instagramn miliknya pada malam hari Jumaat. 

Afreena atau lebih dikenali dengan nama Feena, telah mendedahkan apa yang terjadi ketika suaminya itu ditahan pihak berkuasa. 

Katanya, kejadian berlaku pada petang hari Santu yang lalu sekitar jam 3 lebih. 

Ketika mereka sekeluarga sedang berehat di rumah, beberapa orang pihak berkuasa datang ke rumah untuk membuat serbuan. 

Dalam siaran berkenaan, isteri Along Cham berkata, kali pertama pihak berkuasa memeriksa rumah mereka selama hampir dua jam, dan tiada sebarang barang terlarang ditemui. 

Namun, untuk kali kedua, tiba-tiba ada pula barang terlarang yang ditemui di dalam bilik stor simpanan. 

Dalam pada itu, Fenna juga mendakwa, pihak berkuasa ada menyuruhnya untuk menukar kenyataan darinya. 

“Saya ingat tukar statement itu untuk permudahkan Along.” 

“Tapi saya terfikir fikir mengapa kena tukar statement.” 

“Kalau ikut undang-undang, ini tak patut berlaku.” 

Jelas Feena, dia hanya turuti kerena fikir itu akan memudahkan urusan Along. 

Video siaran langsung isteri Along Cham

@malaysiatribune

Menerusi siaran langsung di Instagram, isteri Along Cham atau Feenasuhaimi tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menegaskan bahawa suaminya telah menjadi mangsa penganiayaan #pelakon #pelawak #alongcham #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune
Bahagian pertama, rumah diperiksa
@malaysiatribune Menerusi siaran langsung di Instagram, isteri Along Cham tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menegaskan bahawa suaminya telah menjadi mangsa penganiayaan.#alongcham #pelawak #pelakon #along #ditahan #reman ♬ original sound – malaysia tribune
@malaysiatribune

Menerusi siaran langsung di Instagram, isteri Along Cham, Feenasuhaimi tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menegaskan bahawa suaminya telah menjadi mangsa penganiayaan.#ditahan #reman #along #pelakon #pelawak #alongcham

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune
Part ketiga, diminta tukar kenyataan

Ini video siran langsung yang dirakam semula oleh media Malaysia Tribune. 

Katanya lagi, dia akan tetap terus berjuang demi keadilan dan berharap ada sinar buat Along Cham. 

“Saya akan terus berjuang untuk suami saya, Along Cham. Saya tahu suami saya macam mana orangnya.” 

“Harapnya akan ada berita baik untuk suami dan keluarga kami. Saya akan terus kuat dan saya tahu, Along juga seorang yang tabah.” 

 “Terima kasih kepada yang sentiasa beri sokongan, dan terima kasih mendoakannya. Justice untuk Along.” 

Itu antara ungkapan dari Feena Suhaimi tentang suaminya Along Cham. 

Feena dan Along bernikah pada bulan April tahun 2024. 

Pada hari ini, Along akan didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki barang terlarang setelah rumahnya di Cyberjaya telah diserbu pihak polis. 

Sebelum ini pihak polis mengatakan bahawa ujian air kencing Along Cham didapati positif dan mendakwa pelawak berkenaan dah terjebak selama 8 tahun lamanya.