Keputusan markah separuh akhir GV11

400 views

Bermula bulan Februari 2025 ini, telah berlangsung konsert separuh akhir GV11 dengan tema medley slow and fast. 

Para peserta membuat persembahan dua lagu yang digabungkan secara medley, satu lagu laju dan satu lagi lagu perlahan. 

7 peserta bersaing untuk menempah tiket ke pentas akhir Gegar Vaganza musim ke 11 ini. 

Selain Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz, untuk minggu ini, ada seorang juri jemputan iaitu Dato M Nasir. 

Ini keputusan separuh akhir GV11.  

1.Dadali Dyrga membawa lagu Apokalips dan Suatu Masa. 74.1%

2.Liza Aziz menyanyikan lagu Malaysia Baru dan Bukan Dia Tapi Aku. 73.9%  

3.Sheila Abdull nyanyi lagu Drama dan Satu. 67.9%

4.Ning Baizura menyanyikan lagu Sangkar Cinta dan Ingin Bersamamu.  67.4%

5.The Lima menyampaikan lagu Jangan Lafazkan serta Terhangat Di Pasaran. 65.6% 

6.Zehra Zambri membawa lagu Ingkar dan Biar Sampai Ke Bintang. 64.5%

7.Ronnie Hussein membawa lagu Impian Cinta dan Revolusi.  59.7%

Dyrga Dadali mendapat markah tertinggi di semi final GV11 dan satu satunya peserta yang mendapat komen gebrek dari Hetty Koes Endang.

Hetty juga memberikan standing ovation kepada peserta pertama Liza Aziz.

PESERTA TERSINGKIR

Tiga peserta terbawa ialah

Ronnie Hussein yang merupakan bekas vokalis kumpulan Hyperact diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

YANG MENARIK MINGGU 11 GV11

Antara yang menarik minggu separuh akhir GV11 ini, Datuk Syafinaz telah naik ke pentas untuk mengajar cara support ketika menyanyi kepada Ronnie Hussein.

Ropie juga telah hadir memeriahkan persembahan Ronnie yang dikatakan sebagai adik beradik bersama Sherry.

Komen dari Dato M Nasir ketika persembahan The Lima juga mencuit hati apabila persoalkan komen Tok Ram yang berkata baik tetapi kemudian tukar kepada biasa pula.

Shahrol Shiro juga membuat penampilan khas sebelum persembahan Dyrga Dadali, yang mana mereka berdua dikatakan kelihatan mirip sekali.

Juri jemputan iaitu Dato M Nasir juga membuat persembahan khas sebelum segmen akhir ada lagu ada lagi.

Minggu depan peserta akan membuat persembahan terakhir mereka di pentas akhir GV11 dengan tema Its final.

Tugasan di final ada 3 round iaitu lagu battle, lagu solo serta lagu berduet dengan penyanyi jemputan.