Bernasib baik, itulah kesimpulan yang boleh diperkatakan kepada Fairuz Selamat tidak tersingkir di Gegar Vaganza musim ke 11 ini.
Walaupun sudah dua kali berada di tempat terakhir dengan markah terendah, Fairuz Selamat masih lagi berjuang di pentas GV11 apabila kedua dua minggu itu, diumumkan tiada penyingkiran.
Fairuz mendapat markah terendah pada minggu ke 7 dan juga pada minggu lepas, minggu ke 9.
KOMEN ASTRO FAIRUZ SELAMAT TIDAK TERSINGKIR
Wakil Astro iaitu pengurus Astro Ria, Idlan Zahri berkata, Fairuz bukanlah anak emas dan dia terselamat kerana nasib menyebelahinya.
“Macam biasa dalam rancangan Gegar Vaganza ni sudah tentunya ada minggu yang tiada penyingkiran.”
“Tak ada istilah Fairuz merupakan anak emas atau sebagainya. Nasib menyebelahi dia sekali lagi apabila kali ini tiada penyingkiran pada minggu 9.”
Untuk minggu 9 GV 11, Fairuz, 39 tahun, menyanyikan lagu Jepun yang dicampur dengan lagu Indoensia.
Namun ternyata ianya tidak berjaya menambat hati juri yang menilainya.
Lagu nyanyian secara duet bersama Ronnie juga mendapat kritikan dari juri.
KOMEN TOK RAM
Ketua juri GV 11, Datuk Ramli MS atau Tok Ram berkata, dia turut sangkal wujudnya anak emas di GV ini.
Malah, Tok Ram pun tak tahu bahawa Fairuz akan terselamat walaupun markah yang diberinya paling rendah.
“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu menahu bahawa malam ini tak ada penyingkiran.”
“Apa yang boleh cakap, nyanyian Fairuz tu agak kurang pada malam ini untuk dua-dua persembahannya. Dia nyanyi lebih baik daripada hari raptai dan latihan.”
“Masa raptai tu saya ada buat note, meminta dia untuk dengar semual nyanyiannya.”
“Dia campur lagu Jepun dengan genre dangdut di akhirnya, sebab tu saya rasa kurang.”
LUAHAN FAIRUZ SELAMAT
Sementara itu, Fairuz pula berkata, semua keputusan untuk dirinya masih kekal adalah dari pihak produksi dan baginya itu merupakan satu rezeki.
“Dah dua kali tak ada penyingkiran dan dua kali itu jugalah saya berada di kedudukan paling terbawah, terakhir.”
“Bukannya saya yang buat keputusan berkenaan. Itu satu rezeki dan mungkin juri ataupun pihak produksi nampak sesuatu yang boleh saya beri di program ini.”
“Tidak mustahil juga ada yang menganggap saya anak emas. Sebenarnya orang tak tahu betapa teruk saya rasa apabila berada di kedudukan itu.”
Masih lagi bertahan, Fairuz Selamat akan membawa lagu Hang Penting Happy dan juga Hang Pi Mana.
Pada minggu depan iaitu minggu ke 10 yang juga peringkat quaterfinal, semua peserta akan menyanyikan dua buah lagu secara medley.
Dua-dua lagu itu gabungan dari dua genre iaitu rock dan juga dangdut.