Vokalis yang terkenal dengan kumpulan New Boys iaitu Tomok kini telah pun menerima kehadiran anak ketiganya. Dimaklumkan bahawa sterinya, Rahayu Abbas, telah pun selamat melahirkan seorang baby girl pada hari Khamis bersamaan tarikh 4 Jun 2020.
Berita baik ini telah dikongsikan oleh Tomok menerusi laman Instagram miliknya. Tomok turut memuatnaik gambar baby barunya itu. Ini komen Tomok.
“Salam buat semua. Syukur Alhamdulillah, isteri saya Ayu dah pun selamat melahirkan anak ketiga kami, baby girl pada hari ni. Terima kasih ya Allah. Tak lupa juga terima kasih kepada semua ucapan dan doa yang diberi pada isteri dan anak saya”.
Di ruangan komen, Tomok telah menerima ucapan tahniah dari ramai peminatnya dan juga rakan-rakan termasuklah selebriti seperti Jep Sepahtu, Shiha Zikir, Scha Alyahya, Ac Mizal, Shuib, Nabil, hairul Azreen, Hafiz Hamidun dan ramai lagi.
Sementara itu, isteri kepada Tomok juga telah meluahkan rasa syukur di atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan. Apatah lagi, mereka kini menerima kehadiran anak perempuan setelah anak-anak sebelumnya, anak lelaki.
Di umurnya yang menjengah 41 tahun, isteri Tomok mengatakan memang mencabar untuk mengandung pada kali ini, tetapi akhirnya berjaya jua ditempuhi.
“Alhamdulillah. Amat bersyukur dengan rezeki setelah selama 5 tahun menanti untuk dapat anak perempuan, akhirnya telah dimakbulkan. Memang agak sukar untuk conceive apatah lagi buat ibu yang dah agak berusia. Namun, kepada ibu diluar sana, harapnya jangan putus asa, kena kuat dan terus berusaha dan jangan lupa doa.
“Pada hari rabu malam dah start ada contraction sampai tak boleh nak tidur. Contraction sampailah hari masuk awal pagi hari Khamis. Selepas subuh, tengok dah ada tanda, terus bersiap, beg dah masuk dalam kereta lepas tu kejutkan suami.
“Di hospital check rupanya bukaan 3cm dan lepas saja azan zohor sekita jam 1.25pm maka lahirlah seorang puteri dengan berat 2.98kg pada tarikh 4 Jun 2020.
“Terima kasih pada semua, keluarga, dan suami. Kepada anak-anak tunggu ye, ibu bawa pulang adik puteri soon.
Ketika ini, isteri Tomok, masih lagi di hospital untuk ujian covid, kerana itu adalah sop di hospital berkenaan. Apapun, tahniah buat Tomok dan juga isterinya Rahayu Abas.
Untuk info, mereka bergelar suami isteri pada tarikh 2 Julai tahun 2011 dan dikurniakan dua orang anak lealki yang comel iaitu Arrianshah Akid dah masuk 9 tahun dan anak kedua, Andrashah Iman kini masuk enam tahun.