Farah Nabilah tak sangka bunting pelamin, hamil 5 bulan

4,494 views

Pelakon Farah Nabilah ada memberi satu berita gembira tentang dirinya apabila mengesahkan bahawa sedang mengandung lima bulan.

Berita itu dibuat menerusi satu posting di laman IG miliknya yang mana Farah Nabila ada muatnaik video bersama suaminya sambil memegang perut.

Ini tulisnya di laman media sosial: “Salam semua aunties and uncles. Alhamdulillah, masyallah. Sila doakan ye. So, mini me or mini Mirul? Dah 19 weeks pregnant”

Menerusi satu temubual dengan Berita Harian, Farah Nabilah akui dia dan suami ada pergi buat check dan telah buat scan jantina bayi dengan doctor. Menurut doctor, tarikh jangkaan bersalin mungkin bulan Oktober. Ini komen Farah Nabilah.

“Tak disangka-sangka saya bunting pelamin. Syukur alhamdulillah, rezeki untuk saya dan suami dapat anak datang awal. Tentang jantina, saya dan suami memang tak kisah pun, yang paling penting, bayi sihat”

Tentang keadaannya, Farah Nabila memang ada alami sedkit alahan pada tiga bulan pertama.

“Masa awal hamil, saya alah pada santan dan ayam, sekarang ni dah okey. Farah berkata, ramai pengikut mengagak dirinya hamil selepas melihat pertambahan berat badannya.

“Ada follower media sosial, peminat dan kawan yang tanya saya mengandung ke namun, saya jawab sabar dulu, kalau dah sahkan baru saya umumkan”.

Pelakon ini mula dapat tahu dirinya mengandung pada awal bulan Mac yang lepas. Masa tu pula berat badannya memang naik.

“Masa tu, saya nak terbang ke Maldives untuk honey moon dengan husband pada tarikh 8 Mac lalu.

“Lepas tu disahkan mengandung, saya jadi risau sama ada boleh terbang atau tidak. Sampai fikir, nak kena batalkan penerbangan dan percutian ke tak. Tapi lepas terima nasihat doktor, saya diberi kebenaran untuk naik flight pergi honeymoon”.

Diimbas kembali, pada bulan Disember yang lalu, Farah Nabila bernikah dengan jejaka pilihan hati, Mohamed Amirul Yunus. Tahniah diucapkan buat Farah Nabilah dan suami.