Pasangan suami isteri Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kini dah pun bergelar sebagai ibu dan bapa setelah Ardell selamat melahirkan anak pertama mereka pada 5 Jun lepas. Kini apabila anaknya itu berusia tujuh hari, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anaknya dan juga nama bayi sulung mereka itu.
Nadzmi telah buat pendedahan ini melalui satu perkongsian di laman media sosial miliknya. Pelakon berumur 28 tahun ini memuatnaik satu video di saat bayi berkenaan baru sahaj selamat dilahirkan.
Nama yang dipilih oleh mereka buat anak sulung ialah Arwa Malaikha Urwa. Ini tulis Nadzmi.
“Namanya ialah Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. My precious little baby girl. Anak kecil ini lahir pada hari Jumaat. Alhamdulillah hari ini umurnya dah masuk tujuh hari. Terima kasih padamu ya Allah atas kurniaan ini. Salam hari Jumaat buat semua“.
Sementara itu, Ardell turut muatnaik gambar wajah anak sulungnya itu di laman Instagram dan memperkenalkannya pada peminat dan juga followernya. Ini tulis Ardell.
“Salam semua, nama saya Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. Saya lahir pada jam 2.22.22 pagi hari Jumaat tarikh 5 Jun 2020“.
Melihat ruang komen, ianya telah dipenuhi dengan begitu banyak ucapan tahniah kepada pasangan ini. Ada juga peminat yang komen kecomelan bayi yang baru lahir itu.
Ada juga rakan artis yang menulis komen kepada mereka. Antara ialah Ramona Zamzam, Elly Mazlein, Janna Nick dan ramai lagi.
Ini komen Ramona Zamzam: “Syukur alhamdulillah. Welcome to the world Arwa Malaikha. Ardell you’re a mom now sebaknya. selamat berpantang sayangku”.
Ardell, 30 tahun telah melahirkan anak sulung pada 5 Jun lalu dan ditahan di hospital kerana komplikasi selepas bersalin secara normal. Apapun semuanya sudah selamat.
Pasangan ini bernikah di satu majlis sederhana yang dibuat di rumah family Ardell di Seri Kembangan, Selangor pada tarikh 1 September tahun 2019.
.