12 tahun berkahwin, rumahtangga Kuza berakhir

15,608 views

Pelakon yang dah lama berkecimpung dalam industry lakonan iaitu Kuza akhirnya akui dia kini kembali bergelar ibu tunggal.

Ini apabila pelakon ini mengesahkan telahpun berpisah dengan suami, iaitu seorang ahli perniagaan bernama Ramyus Sidique.

Sebenarnya, mereka berdua tak lagi bergelar suami isteri sejak tahun lepas setelah 12 tahun berkongsi hidup bersama.

Kuza yang kini sudah mencecah umur 47 tahun, memberitahu, setelah bergelar ibu tunggal, dia amat selesa untuk jalani kehidupan bersama tiga orang anaknya.

Ini komen Kuza: “Sekarang ni, saya dah jadi ibu tunggal, sebenarnya sejak setahun yang lepas, tahun 2019. Kami berdua bukan lagi suami isteri pada tahun lalu setelah lebih kurang 12 tahun hidup bersama”.

Perkara yang melibatkan secara peribadi ni bagi saya satu perkara yang amat privasi. Jika saya rasa macam perlu untuk share, saya akan share. Jika saya rasa tak perlu, saya ambil keputusan untuk simpan diri sendiri saja. Yang paling penting, anak-anak saya perlukan privasi mereka, saya akan utamakan dan hormat mereka juga”.

Kuza memberitahu status nya itu kepada pihak media ketika berada di satu majlis berkaitan pelancaran produk Ali Zahraa di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bagi Kuza, hal yang menjadi punca yang menyebabkan berakhirnya rumah tangga mereka itu, tidak akan diberitahu secara spesifik. Itu terlalu peribadi buatnya dan bekas suami.

Diimbas kembali, dua belas tahun lalu pada tahun 2007, Kuza bernikah dengan Ramyus Sidique yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Sepanjang tempoh perkahwinan berkenaan, Kuza dan Ramyus tak mempunyai cahaya mata.

Hasil dari perkahwinan terdahulu, Kuza dikurniakan tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus (26 tahun), Puteri Nazihah (25 tahun) dan anak bongsu Puteri Nadia (15 tahun).

Kuza atau nama penuhnya Tengku Sariza merupakan pelakon yang lahir dari rancangan Dewi Remaja seangkatan dengan Jasmine Hamid, Umie Aida dan juga Didie Alias. Kuza merupakan adik kepada pelakon Kuna.