Fazura tak suka sandwich mayonis sampai menangis, Fattah tetap sabar melayan

9,198 views

Ketika ini ramai juga artis sedang mengandung. Antaranya Emma Maembong, Farah Nabila dan Scha Alyahya. Selain itu, Fazura antara selebriti yang kini sedang hamil. Ini merupakan anak pertama Fazura hasil perkahwinan dengan pelakon Fattah Amin.

Kalau dah mengandung ni, memang adalah pelbagai karenah yang akan dialami buat bakal ibu dan juga bakap bapa. Dan lain orang lain karenahnya.

Ini termasuklah pasangan Fazura dan juga Fattah Amin. Melalui satu kenyataan, Fazura akui dia memang ada banyak karenah dan suaminya Fattah selalu sahaja mengalah dan melayannya dengan baik.

Fazura tampil memuji suaminya itu yang sering sabar nak layan kerenahnya ketika mengandung selama hampir lapan bulan ini. Ini perkongsian dari Fazura.

“Masa di awal kehamilan, saya jadi begitu cerewet berkenaan bab makanan. Ada sekali tu, dia beli sandwich yang dalammnya ada mayonis walhal masa tu saya rasa tak suka.

“Saya rasa sangat tak suka mayonis dan sos sampaikan akhirnya saya telah menangis. Fattah kemudian pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang lain hanya kerana nak bagi saya makan. Lepas kejadian tu saya terus minta maaf pada suami sebab rasa kesian dia sanggup buat apa sahaja untuk saya ni”.

Selain itu, Fazura juga mendedahkan Fattah selalu akan mengalah walaupun ketika itu Fazura sebenarnya yang tak berapa betul.

“Suami akan selalu bagi saya menang sejak hamil ini, dia cakap, iyalah sayang, you lah menang” Begitulah betapa baiknya Fattah melayan karenah isteri tersayang.

Sementara itu sejak hamil ini, Fattah juga dilihat umpama ada mengidam sampai makan dan naik berat badan.

“Semasa PKP lepas ketika bulan puasa, masa berbuka, dia kerap buka peti sejuk cari makan dan selalu saja makan aiskrim, sampaikan beratnya dah naik. Saya pula pantang naka makan pedas dan tajam seperti nanas”.

Untuk menyambut kelahiran anak pertama ini, Fazura berkata dia belum lagi beli barang dan merancang nak beli tak lama lagi.

“Maybe pada hari Khamis, barulah saya akan mula beli barang. Emak saya dan juga mentua akan tolong sekali. Kalau ikutkan, ada yang selalu nasihatkan jangan terlalu terburu-buru kalau nak beli barang baby”.

Kalau diizinkannya, bulan depan Fazura akan bersalin anak pertamanya itu, dan sudah tentu ramai yang tak sabar nak tatap wajah baby sulung mereka itu nanti.