Nur Fazura merupakan penyanyi dan pelakon yang terkenal kat Malaysia ni. Perkahwinannya dengan pelakon idaman ramai, Fattah Amin menjadi topik yang amat hangat pada tahun 2017.
Setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga yang dilihat amat bahagia, akhirnya pasangan ini menerima berita yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri iaitu bakal menimang cahaya mata.
Kini usia kandungan Fazura sudah masuk ke lapan bulan, tinggal lagi sebulan sahaja. Namun Fazura dilihat masih aktif malah melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk kecantikkan sendiri.
Yang terbaru, Fazura juga dilihat hadir ke majlis perkahwinan Mira Filzah dan juga Wan Emir baru-baru ini.
Jelas Fazura, dah jadi habitnya untuk bekerja dan oleh sebab itu, mengandung bukanlah halangannya untuk terus aktif.
“Kalau selalu duk rumah saja, saya akan rasa lagi penat dan boleh tertekan. Saya memang tak nak perasaan macam itu. Sebab tu saya rasa lebih gembira kalau dapat bekerja. Namun kalau dah rasa penat tu, saya akan terus pulang dan berehat“.
Bercerita tentang baby yang bakal lahir tak lama lagi, Fazura dan Fattah Amin mengambil pendekatan untuk jaga privasi dan sedikit menyimpannya untuk family sahaja.
Malahan, tak ada majlis seperti baby shower dan gender reveal seperti artis dan selebriti lain yang selalunya jadi trend ketika ini.
Dalam pada itu, Fazura juga mengatakan buat masa sekarang ini, memang tak ada perancangan untuk buat laman media khas untuk baby yang bakal lahir itu walaupun kedua ibu bapa adalah selebriti.
Ini komen Fazura: “Saya rasa setiap ibu bapa akan manja anak mereka. Tapi untuk fakta, saya rasa tiada merancang untuk buat page atau instagram ni semua. Baby Fazura akan jadi baby yang akan secretive sikit”.
Sememangnya dalam usia lapan bulan ni sepatutnya dah diketahui apakah jantina baby yang bakal dilahirkan namun, pasangan ini masih tidak ada perancangan untuk buat pendedahan kepada umum.
Waalupun ada peminat yang ternanti-nanti jantina bayi yang bakal dilahirkan namun rata-rata setuju akan tindakan pasangan ini yang lebih menjaga perihal peribadi dan tak berkongsi secara umum.
Dari satu laporan, Fazura menyatakan hanya akan share tentang baby mereka apabila familynya dah bersedia dan setelah baby selamat dilahirkan kedunia ini.
Tinggal lagi sebulan sahaja lagi, semoga segala urusan Fazura dan Fattah Amin untuk menerima kehadiran cahaya mata sulung ini akan dipermudahkan, amin.