Norish Karman akui membosankan, ibu tunggal 8 orang anak

23,721 views

Nama Norish Karman kini semakin kembali bersinar setelah lakonannya dalam drama Pengantin Satu Malam melonjakkan kembali namanya sebagai pelakon yang hebat.

Sebagai watak ibu mertua dalam drama berkenaan, lakonan berkesan Norish Karman mendapat pujian ramai para penonton.

Pada awal bulan September yang lalu, pada tarikh 9 September, Norish Karman ada bercerita kisah getir hidupnya ketika ini.

Ada yang dah tak nak berkawan sebab statusnya yang janda, dan ada juga pihak yang labelnya dah tak relevan dalam dunia lakonan pada waktu ini.

“Yes memang betul Norish Karman ini agak membosankan. Hanyalah seorang ibu tunggal lapan orang anak, yang semuanya bergantung pada diriku. Sudahlah janda yang tak kaya, tidak glamourkan.”

“Macam korang semua ada suami dan ada harta. Tanpa suami korang kerja kerani pun belum tentu lulus tapi kerana ada suamilah korang boleh dapat duit buat niaga, ada suamilah boleh ke sana sini.”

“Walhal tidak bahagia dan masing-masing ada extra affair namun demi status demi kekayaan. Jadi tak bolehlah nak kawan dengan janda macm diri ini. Nanti takut rampas suami korang atau rampas tunang kalian kan.”

“Beragaklah janda pun ada taste tahu, saya baru 46 tahun bukannya 96 tahun ye. Ada jejaka bawah umur dari 30 tahun pun ada yang beratur nak kahwin dengan saya, siap ibu bapanya pun sayang saya.”

“Namun saya belum sedia nak ketepikan anak dan ibu bapa yang doakan kejayaan saya. Masih lagi jauh untuk capai kejayaan hidup.”

Selain itu Norish Karman juga menempelak kata dari sesetengah pihak yang mengatakan dia dah tak relevan lagi ketika ini dan taka da follower di laman media sosial yang ramai.

“Korang juga ada kata Norish Karman dah tak relevan sebab Instagram followers tak sampai berjuta. Well dalam instagram ni semua asli pengikutnya, saya tak ada nak beli kerana tidak tahu nak fake my life. Sosial media ini memanglah nak upload hal-hal yang elok dan positive namun janganlah sampai buat hidup yang palsu.

“Aku pilih tenggelamkanlah diri dalam lautan tasawuf yang terus buat diri setiap individu dapat kecapi kebahagiaan yang hakiki. Islam akan kuat bila mereka berjaya tunduk hawanafsu dunia.

“Kan dah pesan bahawa orang yang bijak ialah orang yang ingat tentang mati dan bukan mereka yang hanya nikmati dunia”.

Semoga selepas ini Norish Karman ada banyak lagi berlakon dan mewarnai kaca televisyen kita.