“Kami sampai tahap dah buntu” Kata Achey tentang hubungan Hidayah dan Ali

3,949 views

Kini dah 10 bulan pemergian pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu arwah Abam. Menjawab pertanyaan pihak media, salah seorang ahli kumpulan Bocey iaitu Achey akui dirinya buntu untuk menyelesaikan isu yang melanda keluarga arwah Abam.

Umum pun dah tahu bahawa, balu kepada arwah Abam iaitu Hidayah dan family kandung arwah Abam termasuk adiknya Ali Puteh, telah bertelagah setelah pemergian Abam.

Namun Achey tetap prihatin dengan kebajikan dengan family Abam termasuk ibu Abam dan anak Abam.

“Sekarang kami lebih prihatin kepada anak dan juga ibu arwah. Hidayah sekarang dia sudah ada perniagaan, yang kita tengok. Alhamdulillah kami happy dengan perkembangan tersebut.

“Namun berkaitan permasalahan keluarga mereka itu, kami berdua iaitu saya dan Fad sudah sampai satu tahap buntu. Kami tak boleh langsung nak sentuh bab itu sebab ianya diluar bidang, kami pun orang luar.”

“Cumanya kami hanya boleh bagi nasihat kepada mereka supaya lebih damai dan elok. Contohnya saya tengok IG arwah Abam, kita nak lihat ada ahli keluarga arwah Abam sentiasa ada bersama di Ig itu untuk kenangan”.

“Kami kenal semua ahli keluarga arwah Abam. Tapi kalau nak tag pun rasa serba salah. Takut ganggu privasi mereka. Apapun saya dan Fad hanya mampu menasihati kedua belah pihak”.

Mengambil jejak langkah arwah Abam, Achey kini akan meneruskan usaha untuk membuat kebaikan, termasuk buat program keagamaan.

“Saya cuba untuk teruskan apa yang arwah Abam lakukan seperti kebajikan untuk rumah-rumah anak yatim yang dekat dengan kawasan rumah saya. Kemudian saya ada hubungi Ali, untuk uruskan rumah kebajikan berdekatan kawasan rumah arwah.

“Sementara itu, saya ada cuba ikut jejak langkah arwah Abam untuk join program agama, saya tak pandai sangat bab sebegini namun dengan adanya kemunculan saya, mungkin seronok orang sana serta dapat beri sedikit seberapa faedah kepada orang ramai semua”.

Achey dan Fad mengatakan kutipan dari wang untuk lagu berjudul Kita Baik Ramai Sayang akan disalurkan kepada mereka yang sepatutnya kelak.