Diri ini tak kuat, ibu Ali Puteh ditidurkan, guna alat pernafasan

2,462 views

Pelawak popular tanah air iaitu Ali Puteh kini menerima satu tamparan yang agak hebat apabila ibunya te;ah dimasukkan ke hospital pada hari Ali mahu membuat persembahan di pertandingan reality Muzikal Lawak Supertar, pada hari Jumaat semalam.

Melalui satu posting, Ali mengatakan ibunya itu telah terkena symptom asthma dan kini masih lagi menerima rawatan di hospital.

Salam semua. Minta doakan untuk mak saya agar kembali sihat seperti sedia kala. Mak saya dihantar ke emergency Hospital Selayang sebab semput. Mari doakan mak saya ye”.

Hari jumaat penghulu segala hari. Perkembangan terkini mak saya kini masih ada kat hospital dan keadaan mak masih ditidurkan serta menggunakan alat pernafasan. Semoga mak saya kuat. Doakan untuk mak. Allah uji kita tandanya Allah sayang pada kita, segala puji baginya”.

Selepas sahaja selesai buat persembahan di pentas Muzikal Lawak Star maalm tadi, Ali Puteh ada mendedahkan bahawa ini kali pertama dia tak dapat call ibunya sebelum naik stage.

Diri ini tidak kuat tapi demi mencari rezeki, angah buat juga malam ni mak. Selalu kalau nak naik stage angah akan telepon untuk mak minta restu. Namun pada hari ni tak dapat buat kerana mak ada di hospital. Perancangan dari Allah itu amatlah hebat. Nanti angah akan datang jenguk mak ye kat hospital”.

Rosbiah Arshad yang kini berumur 63 tahun, masih lagi sedang dalam pemantauan pihak hospital. Diruangan komen, rata-rata mendoakan agar Ali Puteh terus cekal dengan berita berkenaan selain ramai yang mendoakan agar ibunya itu cepat sembuh.

Ali dan Mamak dari kumpulan Puteh telah bergandingan dengan pelakon Roy Azman untuk pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim baru ini.