Netizen pertikai kenapa perlu Ali ‘crop’ wajah Dayah

3,307 views

Ibu kepada pelawak Ali dari kumpulan Puteh ketika ini dimasukkan ke hospital kerana terkena asthma. Satu dugaan yang amat berat untuk Ali apatah lagi kini sedang bertanding dalam satu rancangan reality iaitu Muzikal Lawak Superstar.

Meluahkan rasa rindu kepada ibunya, Ali muatnaik sekeping gambar dengan caption agar semua dapat doakan kesihatan ibunya itu.

Ini caption dari Ali: “Rindu ketika saat ni. Mak sekarang masih ada di hospital dan masih lagi belum sedar dari tidurnya. Mohon doakan semoga mak saya sembuh ye. Tidak ada apa yang mmpu dibuat selain doa untuk mak kembali pulih. Masuk ni dah 5 hari mak kat hospital. Kami belum lagi dibenarkan untuk melawat mak. Kini dah hampir 11 bulan abang pergi. Tengok gambr ni rasanya macam baru semalam kami semua bersama. Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar untuk family kecil kami.

Namun disebalik gambar yang dimuatnaik itu, netizen mula perasan sesuatu. Ini apabila dikatakan gambar berkenaan sepatutnya ada Hidayah disebelah arwah Abam. Namun Ali dilihat telah kerat gambar kakak iparnya itu.

Netizen dilihat menulis komen mengatakan tidak patut Ali berbuat sedemikian, lebih baik ambil foto yang tiada Hidayah saja jika tak mahu upload wajah Hidayah. Jom baca antara komen dari netizen.

Azlina Madzin menulis: “Rasanya sebelah foto arwah abam tu adalah foto hidayah kan. Semoga satu hari nanti family kedua belah pihak ini dapatlah bersatu semula. Amin”.

Seroang lagi netizen yag bernama Izzah Abdullahs bertanya: “Gambar crop Dayah ke?

Ini pula komen dari Fieza Shukri Ziqri: “Tak baik crop gambar kakak ipar. Kalau ya pun cari la gambar yang tak ada Hidayah”.

Seorang pengguna bernama Aropaim menulis komen yang agak panas: “Tak habis kau nak buat krisis dgn kakak ipar kau. Tak boleh nak berbaik ke? Bosan la dengan kau asyik gado je ni”.

Itulah antara komen dari follower Ali setelah dia muatnaik gambar bersama arwah Abam dan ibunya.