Giliran Meerqeen pula, Sarah Yasmine dedah mesej Meerqeen

4,315 views

Hari ini secara tiba-tiba muncul pula nama pelakon terkenal, Merqeen yang dikaitkan dengan Sarah Yasmine iaitu wanita yang mengakui kekasih Aliff Aziz. 

Melalui satu temubual, Meerqeen ditanya sama ada dia mengenali Sarah, dan Merqeen menjawab bahawa dia hanya kenal saja dan tidak rapat. 

Malah Meerqeen menganggap Sarah sebagai peminatnya saja. 

Setelah video berkenaan viral, akhirnya Sarah Yasmine mendedahkan pula mesej di antara dirinya dan juga Merqeen. 

Selepas mendedehkan mesej antara Aliff Aziz dengan Ruhainie dan juga Aliff Aziz dengan Sophia Al Barakbah, kali ini giliran Merqeen pula. 

Jelas Sarah Yasmine, sebenarnya dia bukanlah peminat Merqeen, sebaliknya mereka berdua mempunyai hubungan. 

Sarah juga berkata dia berhubung rapat dengan Merqeen pada tahun 2023 sekitar bulan September. 

Selepas Meerqen, Sarah rapat pula dengan Aliff Aziz. 

“Merqeen dan Aliff the only two. Masa tu Merqeen tengah single. Tapi Aliff Aziz tak single.”

“Saya merupakan wanita selepas Anna. Mereka berpisah dan saya pun muncul. Sekarang saya dan Merqeen dah tak ada apa-apa. Saya dan Anna pun berkawan.”

“Ada sebab saya dan Anna kini berkawan, walaupun tak adalah rapat.”

Namun, Sarah memberitahu, dia bukanlah punca hubungan di antara Merqeen dan Anna Jobling terlerai. 

Sebaliknya Meerqen dan Anna telah berpisah terlebih dulu sebelum bersama dengan Sarah Yasmine. 

Ini antara paparan mesej yang didedahkan oleh Sarah Yasmine. 

Jelas Sarah Yasmine lagi, dia kini berkawan dengan Anna Jobling, namun tidaklah begitu rapat. 

Sehingga kini belum lagi ada sebarang kenyataan dari pihak Merqeen selepas pendedahan dari Sarah Yasmine ini.