Pengacara terkenal tanah air, Azwan Ali sekali lagi terpalit dengan satu isu baru-baru ini.
Terkenal dengan tagline why bother, Azwan Ali yang turut dikenali dengan nama Diva AA telah dipanggil pihak polis.
Pihak polis dari Bukit Aman mengesahkan hal berkenaan iaitu telah memanggil Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan tentang satu.
Datuk Huzir Mohamed, pengarah siasatan jenaya memaklumkan, satu siasatan telah dibuat ke atas Azwan Ali sebab video yang menunjukkan selebriti itu seperti memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Pahang.
Ini kenyataan dari Datuk Huzir: “Pihak Polis memang sah ada terima report dan kini sedang adakan satu siasatan berkenaan klip video Azwan Ali. Dilihat dia telah perlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
“Klip video sepanjang 41 saat itu mula tersebar lantas menjadi viral setlah dimuatnaik oleh pengguna akaun Facebook dengan nama Zai Mikail pada tarikh 12 Januari 2021 yang lalu.”
“Pada hari Khamis, bertarikh 21 Januari 2021, Azwan Ali telah dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.”
“Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut”
Tambah Datuk Huzir, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Melalui video itu Azwan Ali dilihat membuat perutsan sendiri dan mengatakan pengumuman darurat sedikit pun tak memberi kesan kepadanya.
“Perutusan khas truly Diva AA, darurat pui pui, sikit Diva AA tak terjejas, pergi mam dengan kau punya darurat, kalau kau nak selamatkan temolok kau, itu kau punya pasal.”
Polis memohon orang ramai agar guna platform media sosial dengan berhemah dan jangan cuba nak buat sesuatu yang boleh ganggu gugat keharmonian negara.