Rambut blonde puteri Tunku Tun Aminah jadi tumpuan

28,562 views

Puteri kepada Sultan Johor iaitu Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan suaminya Dato Dennis Muhammad yang berasal dari negara Holland atau Belanda.

Mereka berkahwin pada tahun 2017 dan pada tahun 2020 pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri yang kini dah masuk usia satu tahun.

Nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka itu ialah Layla Sofiah.

Semalam, isteri kepada TMJ iaitu Yang Amat Mulia Che Puan Khaleeda ada muat naik beberapa foto terkini di laman media sosial.

Dari foto itu ada kelihatan wajah Layla Sofiah yang sedang dipangku oleh ibunya Tunku Tun Aminah. Gambar berkenaan menunjukkan Che Puan Khaleeda, Permaisuri Sultan Johor yang mendukung Tunku Khalson Aminah, dan Tunku Tun Aminah bersama Layla Sofiah.

Gambar itu dikatakan diambil ketika satu majlis sambutan sempena hari lahir Layla Sofiah yang pertama.

Che Puan Khaleeda muatnaik gambar itu dengan caption memuji para ibu: “Tangan yang menggoyangkan buai adalah orang yang memerintah dunia ini. Shout out kepada semua ibu yang kuat di luar sana.”

Ini merupakan kali pertama orang ramai dapat melihat puteri sulung kepada Tunku Tun Aminah.

Sebelum ini memang wajah Layla Sofiah jarang dipertontonkan kepada khalayak. Maklumlah kedua ibu bapanya tidak mempunyai akaun public laman media sosial.

Melihat ruang komen, ramai yang memuji kecomelan baby kepada Tunku Tun Aminah apatah lagi rambutnya memang nampak sedikit keperangan dan blonde.

Ini termasuk komen-komen dari selebriti seperti Awal Ashaari dan juga pemain boling Zandra Hakimi.

Ini pula antara komen netizen berkaitan baby Tunku Tun Aminah: “Puteri kepada TTA., comelnyaa. So sad TTA dah deactivate Instagram.”

Seorang pengguna bernama Bakh Baharudin pul amenulis tentang warna rambuat Layla Sofiah: “Blonde rambut anak tunku tun aminah”

Happy birthday untuk Layla Sofiah.