Suara wanita menangis di latarbelakang ketika Shuk buat live, meremang dengar

29,549 views

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk telah muatnaik satu video yang agak mengejutkan ramai. Shuk sendiri akui dia pun terkejut denan video berkenaan.

Ini apabila ketika sedang live di Instagram, ada suara wanita menangis tersak-esak kedengaran di latar belakang.

Hal ini mula disedari setelah ada yang menghantar video itu kepadanya dan bertanya bunyi apakah itu.

Jelas Syuk, dia langsung dan tak perasan ada bunyi itu yang kedengaran di latar belakang ketika Shuk sedang berinteraksi secara live dengan followernya.

Setelah mendengar sendiri memang ada bunyi wanita menarik, Shuk terus muatnaik klip video itu untuk disharekan bersama followernya.

Video 13 saat itu terus menjadi perhatian netizen yang mula naik seram setelah dengar dengan jelas suara misteri berkenaan. Ini penjelasan Shuk tentang isu ini.

“Saya memang betul tidak sedar ada suara seperti itu yang masuk dalam live saya. Ketika itu, saya memang tak dengar apa-apa pun.”

“Pada mulanya saya live macam biasa saja, lepas itu kami ada main teka-teki umur dan nama. Masa tu siapa menang dia akan dapat duit RM150.”

“Tapi bila saya tengok kat komen, ramai yang kata mereka ada terdengar suara orang menangis, walhal masa tu memang saya tak dengar langsung orang menangis.”

“Tak lama selepas itu, ada orang yang hantar rekod klip video itu pada saya, barulah ada dengar bunyi orang seakan menangis.”

“Secara jujur, saya mahu kata memang rumah saya ni adalah rumah baru. Saya dan isteri  tak buat dan tak sempat adakan majlis doa selamat. Tak mengapa, esok saya cuba panggil ustaz untuk periksakan.”

Para follower menulis komen yang pelbagai dan rata-rata mula seram setelah mendengar suara tangisan itu. Rakan artis turut memberi respon seperti Sharifah Shahirah dan Ain Edruce.

Ini antara respon netizen bernama Ain Kedah: “Meremang siot dengar, aduh. Tiba-tiba ada orang menangis.”

Seorang pengguna bernama Uchopp Yus pula menulis: “Dari awal live saya ada dengar tapi buat tak endah, first time dengar masa teka beg tu lagi, seram.”