“Pemeriksaan dapati kandungan tiada degupan jantung” Takziah Nubhan dan isteri

2,201 views

Nubhan mengumumkan bahawa isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek disahkan alami keguguran ketika mengandungkan anak ketiga.

Hasrat mereka untuk menerima kehadiran cahaya mata ketiga tidak kesampaian setelah doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan hal berkenaan.

Nubhan memberitahu, ketika itu, isterinya sedang hamil tujuh minggu. Isterinya kemudian telah alami pendarahan dan terus membuat pemeriksaan.

Melalui laman IG, Nubhan telah post satu video ketika pemeriksaan dan doktor mengesahkan baby dalam kandungan sudah tiada. Dari scan, tiada degupan jantgung didengari.

Dari video yang dimuatnaik, Nubhan memeluk erat isterinya selepas mendapat pengesahan kandungannya kini sudah tiada.

“Saya dan isteri redha dengan dugaan yang tertulis ini.  Nampaknya tak ada rezeki untuk anak ketiga buat kami. Ini merupakan kali kedua isteri saya telah gugur.”

“Apapun saya tetap bersyukur kerana keadaan isteri okay. Cuma biasalah, dia ada perasaan sebagai ibu yang mengandung. Isteri alami murung selama dua hingga tiga hari.”

Nuhan mengatakan isterinya kini dalam pantang selama dua minggu setelah janin keluar dengan sendiri.

“Janin dah jatuh sendiri. Kemudian setelah diperiksa, pihak doktor cakap, tak ada apa-apa lagi proses yang kena buat sebab kantung bayi sudah gugur. Oleh itu, isteri saya sekarang kena pantang ringan-ringan saja.”

Doktor turut memaklumkan bahawa isterinya hanya boleh kembali hamil tiga bulan kemudian.

Di ruangan komen ramai peminat dan rakan yang memberi ucapan takziah kepada pasangan ini.

Antaranya ialah penyanyi Rosma: “Faham perasaan tu, kita pun dah dua kali tak ada rezeki. Syukur alhamdulillah, mereka sedang bermain di taman syurga sekarang. Kita dah ada lima orang anak. Insyaallah, nanti akan ada rezeki anak lagi untuk korang berdua. Aamin.  Dr Afifah, awak take care tau. Berpantang baik-baik okey.”

Nubahn dan Dr Afifah bernikah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.