Pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar menjadi buah mulut netizen di luar sana sekoran isu melibatkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya.
Shuk Sahar didakwa oleh isterinya kembali bermain kayu tiga dengan seornag wanita bernama Farra. Oleh kerana ini bukan kali pertama Shuk buat hal, ramai netizen di luar sana yang marah.
Kemarahan netizen membuak-buak sehingga ada yang meminta pihak majikan Shuk untuk buat sesuatu kerana ini bukan kali pertama Shuk buat hal.
Akhirnya radio station Hot Fm telah buat pengumuman tentang hal ini. Kini Shuk telah sah digantung tugas sebagai penyampai radio.
Shuk telah digantung kerja serta merta sebagai salah seorang deejay di slot Geng Pagi Hot.
Hal ini telah disahkan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM yang menggantung tugas pelawak berumur 35 tahun itu.
“Penggantungan kepada perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah sementara. Ini adalah untuk beri ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan internal investigation berkaitan isu Shuk yang sedang viral di laman media sosial ketika ini.”
“Tentang keputusan dan perkembangan seterusnya berkaitan penggantungan Shuk ini hanya akan diumumkan oleh management radio station Hot FM selepas sahaja selesai siasatan dalaman itu dijalankan.”
Nampaknya, tugas Shuk sebagai penyampai radio di Hot Fm digantung sementara dan siasatan ke atasnya kini dijalan oleh pihak radio station itu. Keputusan penuh akan diumum kelak.
Sebelum ini, menerusi laman IG, ramai netizen yang memberi komen agar pihak majikan berbuat sesuatu kepada Shuk yang terus menerus bermain kayu tiga kepada isterinya. Ini memberi contoh dan impak yang tidak baik sebagai seorang selebriti.
Kes rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera atau nama penuhnya, Rossalennah Natassiah Asshaferah menjadi hangat setelah didedahkan di laman Instagram isterinya itu.
Shuk dikhabarkan tidak pulang ke rumah dan Rossa Sera mencarinya sehingga datang ke rumah wanita yang dikaitkan dengan Shuk.