Setelah cukup satu bulan umur baby kedua pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya, akhirnya mereka telah mengumumkan nama anak perempuan mereka itu.
Pasangan ini telah membuat satu pengumuman khas menerusi satu rancangan television di Astri berjudul Schawal Baby Boom.
Tepat jam 9 setengah malam di saluran Astro Ria, akhirnya terjawab sudah nama baby kedua Awal dan Scha iaitu Lyla Amina.
Bercerita tentang pemilihan nama Lyla Amina, Awal Ashaari secara terbuka akui ianya satu keputusan yang memerlukan banyak perbincangan. Malah dia dan isteri terlalu memikirkannya sehingga tak dapat nak tidur malam.
Sebenarnya, ada dua nama yang telah disenarai pendek untuk jadi pilihan utama, dan sampailah saat nak register, mereka masih lagi belum dapat buat keputusan dengan yakin.
“Initial nama LA atau LY, dua huruf inilah yang telah membuatkan saya tidak dapat nak tidur malam. Waktu tu appointment dah buat dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada waktu itu tapi sehari sebelum nama pula tak dapat nak diputuskan lagi.”
Berkata tentang pemilihan nama, Lyla bukan dipilih oleh Awal dan Scha sebaliknya dipilih oleh anak sulung, Lara Alana iaitu Lela. Namun nama Lela ditukar sedikit sebutan dan ejaannya menjadi Lyla.
“Pada mulanya anak sulung, Lara suka dan mahukan adiknya dinamakan Lela. Dia dahpun pilih lama semasa adiknya itu masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, yang ianya merupakan nama ibu kepada Nabi Muhammad.”
“Akhirnya, last sekali lepas perbincangan, kami akhirnya buat keputusan memilih nama Lyla Amina yang memberi erti setia, jujur, boleh dipercayai serta beriman.”
Diimbas kembali, Scha Alyahya telah selamat melahirkan anak kedua, baby girl dengan berat ketika lahir seberat 3 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, pada tarikh 12 Februari 2021.
Sepanjang 9 tahun perkahwinan, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mempunyai seorang anak yang agak terkenal di Malaysia iaitu Lara Alana yang kini berumur 7 tahun.