(8 Foto) Risteena dan Isa Khan selamat nikah pagi tadi

3,935 views

Pasangan selebriti iaitu pelakon Nur Risteena Munim, 32 tahun dan Isa Khan 28 tahun kini selamat bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah sebentar tadi.

Mereka diijabkabulkan sekitar jam 10.40 pagi, di hari Jumaat yang mulia ini, bersamaan 12 Mac 2021 di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putarajaya.

Hanya dengan sekali lafaz, Isa Khan dan Risteena selamat bernikah.

Menerusi komen adik kepada Risteena iaitu pelakon popular Ruhainies, merekaselamat bernikah di satu majlis yang serba ringkas kerana perintah kawalan pergerakkan.

Satu video dimuatnaik oleh Instagram Risteena menunjukkan detik pasangan ini disatukan di masjid.

Jom tengok sedikit video berkenaan.

Majlis nikah itu hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja, termasuk family dan teman rapat, ini kerana untuk mengikut procedure yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ini komen Ruhainies di Ig miliknya: “Saya minta maaf sebab tak dapat nak ajak ramai orang ikut SOP yang ditetapkan. Kalau boleh Risteena dan family memang nak ajak ramai orang semua tapi tak boleh. Family pun ada yang tak boleh dijemput.”

Di IG Ruhainies, Risteena dan Isa Khan menyatakan kesyukuran dah pun selamat bergfelar suami isteri yang sah.

“Alhamdulillah dah selesai, terima kasih untuk semua wishes yang diucapkan pada kami berdua, terima kasih.” Kata Isa Khan.

Pasangan ini antara yang terkenal dengan video mesra sepanjang hubungan mereka. Isa Khan telah membuat pengumuman dah melamar Risteena pada tarikh 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama juga.

Sepanjang tempoh bertunang, Risteena dan Isa Khan sering bersama malah turut berniaga bersdama-sama.

Tahniah diucapkan buat Nur Risteena dan suaminya Isa Khan. Kita tunggu pula gambar wedding mereka nanti.