Sudah diketahui bahawa Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih mesra di sapa PU Riz, kini berada di Pulau Langkawi bukan untuk honey moon, sebaliknya mereka ke sana atas urusan business.
Khabarnya Neelofa ke sana untuk lihat kawasan yang mana dia nak buka satu cawangan Chatime di pusat pelancongan yang amat popular itu.
Hal ini turut diakui oleh Neelofa sendiri yang mana dia ada muatnaik satu kenyataan di Ig story mengatakan belum lagi nak launch, semua orang dah tahu dia nak buka cawangan di Langkawi.
Bagi Neelofa ini merupakan satu free marketing yang diterimanya.
Akan tetapi tak lama kemudian, Neelofa ada muatnaik beberapa lagi story di IG yang mana dia dan suami dilihat menaiki cable car di Langkawi.
Pasangan pengantin baru ini jelas sedang menikmati pemandangan ketika menaiki cable car itu sambil berpegangan tangan.
Dek kerana gambar dan video ini, netizen dilihat naik angin dan mula mempersoalkan tindakan Neelofa.
Ada beberapa komen yang ditulis netizen yang memerli Neelofa tentang cawangan yang bakal dibukanya.
Antaranya ialah mengatakan Neelofa mahu buka cawangan Chatime di atas gunung, nak buka Chatime secara drive thru atau pun nak buka Chatime secara bergerak melalui cable car.
Lihat antara komen dari netizen yang menulis tentang hal ini.
Ada juga netizen yang tertanya dimanakah sensitivity Neelofa yang sanggup naik gmbar seakan sedang menikmati percutian walhal sudah tahu tentang isu merentas negeri ini akan dipersoal oleh orang ramai.
Apapun, semoga bahagialah buat Neelofa dan Pu Riz. Mungkin ketika membuat urusan kerja, mereka berehat seketika dan ambil angin dengan menaiki cable car. Yang pasti, tak sabar nak tengok cawangan Chatime baru di Langkawi kelak, mesti viral.