Ramai yang dah kenal dengan penyanyi yang bersal dari program reality dakwah iaitu Dai Syed.
Kali ini Dai Syed telah ditanya tentang tindakannya yang berbicara di media sosial namun tidak pandang ke arah kamera.
Sebelum ini, Dai Syed ada upload satu video menunjukkan dirinya dia tengah promote satu produk. Ketika itu matanya jelas cuba nak elak tengok lensa kamera.
Dalam sesi siaran langsung atau live di laman IG, Dai Syed sedaya upaya untuk cuba tak pandang pada kamera.
Hal ini telah menjadi pertanyaan dari followewrnya kerana ada yang berpendapat ianya tidak berapa elok untuk cakap tanpa melihat secara tepat.
Netizen yang kurang berpuas hati, telah bertanya kepada Dai Syed menerusi satu mesej secara peribadi, apakah puncanya di berbuat sedemikian malah meminta Dai Syed untuk betulkan perkara berkenaan.
“Assalam Dai Syed, mintak maaf nak cakap, saya lama ada perasan Dai Syed ni selalu cakap tak menghadap kamera. Tak tahulah mengapa. Dibandingkan, Nabi kita dulu pun akan selalu bercakap menghadap (pandang) orang berkenaan. Hanya sekadar satu ingatan saja, semoga terus sukses, amin.”
Penyanyi berumur 26 tahun ini akhirnya memberi jawapan kenapa dia berbuat sedemikian.
Rupanya atas nasihat dari seorang ustaz, Dai Syed kini akan lebih berhati-hati semasa buat live, sebab ada possibility dia boleh kena sihir serta santau melalui bahagian mata.
“Yes, betul, saya sememangnya selalu tak pandang terus pada kamera. Ketika buat IG live pun macam tu juga. Kerana beberapa bulan lepas, saya ada pergi berubat dan ustaz tersebut memberi saya satu nasihat iaitu jangan kerap pandang pada kamera. Ini kerana mereka boleh hantar ilmu sihir dan juga santau melalui mata saya semasa adakan sesi live di IG. Harapa doakan. Ianya memang begitu struggle nak kembali pulih.”
Itulah kenyataan dari Dai Syed tentang hal pandangan matanya.