Dua bulan kahwin, Elizabeth Tan dan suami tinggal berasingan, tak duduk serumah

4,388 views

Penyanyi Elizabeth Tan telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka bernama Siew Jim sejak dua bulan yang lalu.

Kisah perkahwinan antara Elizabeth Tan dengan Siew Jim didedahkan sendiri oleh bapanya yang muatnaik beberpa keping foto perkahwinan di laman media Facebook.

Akhirnya barulah Elizabeth Tan akui bahawa memang betul dia dah menjadi isteri orang.

Bercerita lanjut tentang perkahwinannya yang masih baru itu, Elizabeth Tan akui dia dan suami kini duduk berasingan, tak duduk serumah.

Ada sebab kenapa hal itu berlaku, iaitu Elizabeth Tan dan suaminya merupakan anak bongsu, dan belum sedia untuk tinggalkan ibu masing-masing. Ini komennya melalui laporan Berita Harian.

Suami pilih nak duduk dengan ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pun masih belum sedia tinggalkan ibu saya.

Sejak awal kami kahwin, memang dah buat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami akan jumpa apabila perlu. Mungkin satu minggu atau dua minggu sekali kami bertemu. Tapi, saya rasa seronok macam ini, at least saya dan suami ada ruang kami yang tersendiri.

Elizabeth Tan yang telahpun masuk ke dunia lakonan berkata, dia juga amat busy dengan jadual yang padat dan jarang berada di rumah.

Saya ini amat jarang ada kat rumah. Saya busy jalani penggambaran drama Gerak Khas Undercover bermula bulan Februari yang lalu. Sampai sekarang, 10 episod dah siap, ada lagi 20 episod.

Kerana busy, saya masih belum sempat masak untuk suami. Setakat biskut roti adalah, namun untuk main dish, saya hanya order makanan. Apatah lagi, saya dan suami jarang jumpa.

Buat masa sekarang, kami belum berbincang untuk duduk di bawah satu bumbung. Maybe kalau kami telah dikurniakan cahaya mata, barulah kami fikir hal ini.

Elizabeth Tan juga turut menafikan bahawa perkahwinannya itu di atur oleh family.

Mama lama nak tengok saya berkahwin, oelh itu demi puaskan hati mama, saya pun berkahwin sajalah.

Pada masa yang sama, Elizabeth Tan akui memang ramai yang dah mula unfollow IG miliknya sejak berkahwin.

Saya sedih, bayangkan, beratus-ratus dah unfollow setiap hari sejak saya kahwin. Tak sangka ada peminat yang serisu untuk unfollow saya.