Datuk Seri Aliff Syukri membidas kembali fashion designer Ezuwan Ismail yang ada mengkritik nyanyiannya dalam lagu Lala Raya.
Kata Aliff Syukri, tindakan Ezuwan itu amat kurang manis, patutnya jika tak puas hati, lebih baik tegur secara mesej personal atau DM saja.
Jelasnya lagi, dia dan Ezuwan sebelum ini tak ada sebarang masalah pun.
Aliff Syukri juga akui dah lama tak buat baju dengan pereka fesyen berkenaan.
“Secara jujur, saya ni dah lama tak tempah baju dengan Ezuwan Ismail. Saya tak pernah nak kacau pun hidup dia, oleh itu, alangkah lebih baik sekiranya dia pun tak perlulah nak kacau saya. Kalau tak suka dengan lagu atau apa-apa, boleh saja cakap baik-baik, hantar mesej.”
“Amat kurang manis tindakan darinya itu, saya terkejut. Kemudian saya terus mesej dia nak tanya apa masalah dia sebenarnya dengan saya.”
Berkata tentang lagunya, Aliff berkata untuk jadi nombor satu, kini bukan berdasarkan suara tetapi lebih kepada trending.
“Pendapat saya, cakap tentang muzik dan menjadi nombor satu tu, ia bukan lagi soal kesedapan suara, tapi ia tentang trending.”
“Saya tak bayar pun kat pihak Youtube. Saya buat lagu bukan nak bersaing dengan sesiapa. Saya buta sebab suka-suka saja. Saya rakamkan lagu ini pun bukanlah sebab nak jadi viral.”
“Kalau ikutkan, saya tak dapat sokongan dari pihak media TV dan radio. Saya hanya di pinggiran. Oleh itu bila lagu ni trending nombor satu, saya bersyukur.”
“Saya acah-acah nak menjadi artis dan akhirnya trendinglah juga. Ini ahanya untuk kepuasan peribadi. Walaupun pihak TV dan radio tak mainkan lagu ini pun tak apa.”
Lagu Lala Raya nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri ini menjadi nombor satu trending di Youtube dan dalam beberapa hari dah mencapai lebih satu juta tontonan.