Kalau dah bergelar sebagai seorang selebriti, sudah pasti mahu menonjolkan sisi terbaik buat pandangan umum.
Maklumlah memiliki follower dan pengikut yang ramai, seseorang selebriti mahu sentiasa kelihatan segak dan cantik.
Bukan saja artis wanita, ini juga termasuk dengan artis lelaki juga. Kali ini kita berbicara tentang satu tindakan dari Zizan Razak.
Antara aset kaum lelaki yang sentiasa mahu menjaga keterampilan ialah rambutnya. Mempunyai rambut yang sihat dan kemas sentiasa dititik beratkan oleh artis lelaki.
Namun kadangkala, ada lelaki yang sudah mula alami rambut gugur atau rambut nipis. Maka akan nampaklah rambut seseorang itu seakan dah botak sedikit.
Untuk atasi masalah ini, memang dah ada caranya iaitu dengan cara tanam rambut atau rawatan hair transplant.
Inilah yang dilakukan oleh Zizan Razak untuk merawat masalah rambut yang dialaminya.
Melalui satu entry di laman Instagram miliknya, Zizan Razak ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang jalani rawatan hair transplant yang dibuat disebuah klinik pakar.
“Syukur alhamdulillah. Sudah selesai buat sesi hair transplant. Selepas ni kena pantau keadaan rambut Zizan. Untuk mereka yang mempunyai masalah rambut, lebih baik selamatkan sebelum terlambat, buat di Dr Shah Hair Clinic.”
Ini pula yang ditulis oleh klinik Dr Shah: “Zizan Razak hair restoration. Dari masa ke semasa, kami akan tengok perkembangan beliau. Final results adalah selepas dari 12 bulan iaitu setahun.”
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari para follower Zizan. Ada yang seriau tengok proses untuk tanam rambut tu.
Ada juga rakan artis yang menulis komen selepas ini nak turut sama buat rawatan rambut seperti Zizan.
Dan kemudian ada juga sesetengah yang mempersoalkan sama ada rawatan berkenaan boleh buat dari segi agama, apakah hukummnya.
Di ruangan komen juga, ada seorang follower telah menulis satu fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti mengatakan bahawa memang boleh buat rawatan berkenaan untuk tujuan merawat rambut yang telah gugur.
Apapun, semoga rambut Zizan Razak kembali sihat selepas ini.