Ada yang mengata di belakang, Ebit Lew mohon maaf, akui jahil

3,174 views

Memang agak tular ketika ini kisah tentang pendakwah Ebit Lew yang sedang membuat kerja khidmat masyarakat membantu orang ramai. Namun yang peliknya, dikatakan ada yang melahirkan rasa kurang senang dengan tindakannya.

Ustaz Ebit Lew akui rasa penat tapi tetap bahagia ketika ini. Ebit memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Tidak mengapa jika orang buat dirinya asalkan dia tak ada pun buat orang lain.

Ebit sentiasa akan maafkan orang lain selalu mendoakan semua orang akan sentiasa bahagia dan dimasukkan ke syurga. Ketika ini, Ebit terasa rindu dengan semua termasuk arwah ibu, dan keluarga yang masih hidup, ayah, isteri dan anak-anaknya. Malah Ebit tak sabar nak pulang kepangkuan keluarga selepas buat kerja khidmat masyarakat.

Mengakui akui ada sesetengah pihak yang tak berapa gemar dan mengata dirinya di belakang, Ebit mengatakan perkara in memag dah lama berlaku, sejak dulu lagi. Ebit Lew akui dirinya jahil dan bukanlah seorang ustaz.

“Saya seorang yang jahil, dan tidaklah pandai. Saya bukanlah seorang ustaz. Saya bukannya sesiapa pun. Cumalah seorang cina yang belajar Islam. Terima kasih kepada semua, ada ramai guru, family dan rakan-rakan yang sentiasa panjatkan doakan dan beri semangat. Allah saja yang dapat balas semuanya.”

“Memang saya ada baca, cakap mengata saya di belakang, ustaz dan guru-guru kata begini-begini, saya tak mahu balas-balas. Saya doa mereka dapat kebaikan. Benda macam ini berlaku bila saya update status, saya tak kacau hidup dia, saya tak minta apa dari mereka.”

“Saya hanya kongsi kebaikan. Saya nak anak-anak kita untuk lihat kebaikkan. Penting untuk tunjuk akhlak Islam, tujuannya bukan untuk tunjuk sebagai pemimpin atau orang kaya. Saya minta maaf kepada semua. Saya tak ada niat mahu sakiti hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya semua. Saya mohon maaf pada semua ya.

Sebelum ada beberapa pihak seperti melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Ebit Lew yang membuat kerja kebajikkan dan memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan.

Apapun, semoga Ebit Lew teruskan usaha yang murni ini, abaikanlah pihak yang sebegitu dan hanya pandai bercakap sahaja.

Di laman media sosial, hampir semua netizen memberi sokongan padu kepada Ebit Lew, tanpa berbelah bahagi. Semoga urusan Ebit dipermudahkan amin.