Ini sedikit perkembangan terkini tentang dua individu yang ditahan kerana beberapa video panas pada minggu lalu.
Yang pertamanya ialah Amy atau nama penuhnya Siti Amirah Narasya, yang menjadi topic utama apabila tampil membuat persembahan dengan memakai tudung sebelum menanggalkannya di depan para penonton.
Keduanya ialah individu bernama Alex, merupakan kekasih kepada Amy, yang dilihat lantang bersuara, menjadi orang kuat Amy.
Mereka berdua kini telah didakwa atas video yang viral itu, dan ikat jamin telah diletakkan sebanyak RM20 ribu setiap seorang dari mereka.
Pasangan kekasih ini kini telah memohon dana awam atau crowdfunding untuk membayar wang ikat jamin berjumlah sebanyak RM40ribu untuk kedua dua sekali.
Hal in disahkan oleh peguam mereka berdua iaitu Sivaraj.
Kata peguam, Amy, 26 tahun dan Alex, 38 tahun, terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Mereka berdua ada kekangan dari segi kewangan dan jumlah yang ditetapkan itu agak tinggi.
Sehingga kini mereka telah berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3000. Semuanya hasil sumbangan dari pihak peguam, NGO dan orang awam.
“Mereka berdua ni ada simpanan dalam bank, namuan dikatakan mereka dua-dua dalam penjara, oleh itu mereka tidak dapat nak akses kepada akaun bank masing-masing.”
“Jiran mereka, yang juga sebagai penjamin, tidak dapat nak buat apa-apa, nak keluarkan menggunakan kad kredit atau kad, tetapi mereka tak tahu nombor pin.”
Kemudian peguam juga ada berkata, mereka masih cari platform yang sesuai untuk memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, sebaik saja kes ini selesai nanti.
Sungguhpun begitu, kisah cuba mencari dana dari orang awam ini mendapat reaksi yang kurang baik dari netizen, rata-rata tidak bersetuju untuk membantu Amy dan juga Alex.