Anak Nora pengsan, disahkan meninggal dunia.. Ini yang berlaku

4,514 views

Sebelum ini, penyanyi, Nora Ariffin yang terkenal dengan lagu Di persimpangan Delima telah kehilangan suami tercinta iaitu composer, Johan Nawawi.

Dua tahun berlalu, kini Nora Ariffin sekali lagi menerima satu ujian yang amat hebat apabila anak keduanya, Aliff Johan pula telah disahkan sudah pergi buat selamanya apabila telah hembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Nora sendiri telah mengesahkan dan mengumumkan berita duka cita itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

Ini katanya: “Saya telah diuji oleh Allah sekali lagi. Saya nak bgtau semua bahawa anak saya Aliff Johan baru saja hembuskan nafas terakhir. Dia telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah saya. Arwah akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Ampunkan segala kesalahan dia. Saya diuji Allah dan saya redha”

Kalau nak tahu, Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan baru sahaj berumur 20 tahun. Arwah sebelum ini pernah sertai program realiti anjuran sebuah stesen televisyen iaitu Clash of Talent dan menjadi juara.

Dalam pada itu, pembantu peribadi kepada Nora yang bernama Jaja antara individu terawal, yang ada menerima mesej suara daripada penyanyi itu yang mengatakan anaknya sudah tiada lagi.

Memberitahu tentang kejadian yang berlaku hari ini, Nora dikatakan telah terima  panggilan daripada pembantu rumahnya memberitahu perkara itu ketika sedang berada di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.

“Arwah Aliff telah pengsan ketika berada di rumah. Pembantu rumah bagitau bahawa Alif tiba-tiba tak sedar diri dan dia kemudian cepat-cepat hubungi ambulans. Saya masih tidak dapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar dia meninggal dunia kerana dalam perjalanan hendak ke hospital”.

Jenazah Aliff Johan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Diimbas kembali, Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi pada tarikh 24 Mac 2017.

Salam takziah buat keluarga Nora, sama-sama kita doakan, Al Fatihah.