“Bau hangit masih kuat”~ Cik B

3,009 views

Kisah rumah terbakar pada tahun 2013 sehinga meragut nyawa dua orang abang kandungnya, membuatkan Cik B sentiasa terfikir ketika menjelang bulan Ramadhan.

Kejadian berkenaan berlaku di bulan puasa semasa mereka sedang menunggu hanya tiga hari saja lagi untuk merayakan sambutan Aidilfitri.

Cik B akui, dia sekeluarga sentiasa rasa trauma apabila masuk bulan Ramadhan.

Sejak kisah itu, mereka selalu myambut bulan Ramadan dan bulan Syawal dalam keadaan yang agak suram kerana terkenangkan arwah abangnya yang ditemui berpelukkan dalam insiden yang berlaku di rumah pekerja Datuk Seri Vida.

Bercerita tentang kejadian itu melalui Berita Harian, Cik B berkata ketika itu dia baru berumur 8 tahun. Sebelum kejadian, dia dan adiknya, Kacak bermain diluar rumah, sementara abangnya berada dalam rumah.

“Ketika itu, saya nampak abu dari kebakaran, lepas tu nampak sofa habis terbakar. Saya terus lari pergi pondok pengawal keselamatan dan mint atolong. Ada jiran tolong dan cuba padam api dengan paip air rumahnya tapi api terus marak.”

“Ada dua orang pekerja mama lompat keluar tingkap. Mereka nak tolong abang-abang lompat, tapi merek atakut dan berlaki masuk semula, untuk selamatkan diri.”

“Semasa ditemui, ada tiga jenazah iaitu arwah abang dua orang dan juga seorang pekerja mama. Mereka semua berpelukkan. Jenazah abang berada dalam keadaan yang baik, tak melecur.”

“Kejadian itu terjadi masa mama tiada di rumah sebab pergi di Pulau Pinang untuk beri sumbangan sempena bulan Ramadhan.”

Malah Cik B berkata abangnya ketika itu memakai baju raya serba lengkapo ketika ditemui di dalam bilik air.

Jam tangan yang dipakai oelh arwah abangnya masih disimpan rapi oelh Cik B. Walaupun dah lama insiden ini berlalu, bau hangit terbakar masih melekat di jam tangan yang disimpan sebagai kenangan.

Kata Cik B, abangnya sangat baik melayan dirinya dan sering menjaganya apatah lagi ketika itu pembantu rumah mereka bermasalah.

Dan orang yang paling terkesan ialah mamanya. Sehinggakan Datuk Seri Vida alami kemurungan dan anxiety.

Sudah beberapa tahun berlalu, kini emosi mereka sekeluarga kembali pulih akan tetapi Cik berkata dia kini amat takut untuk kehilangan mamanya itu.

“Tragedi berkenaan membuatkan saya takut untuk kehilangan mama. Saya tak boleh hidup tanpa mama. Saya mendoakan mama dipanjang umur setiap kali solat. Dan kalau boleh saya yang nak pergi dulu sebelum mama.”