Kisah pendakwaan penyanyi Yasin Sulaiman mendapat perhatian banyak pihak. Memang ramai yang memberi sokongan moral kepada Yasin setelah mengetahui diri penyanyi itu yang mempunyai masalah bipolar.
Antara yang memberi padangan tentang kisah Yasin ini ialah pelakon dan pelakon Wardina Safiyyah. Menerusi satu posting di Instagram, Wardina berpendapat penyanyi itu tidak sepatutnya dilakukan seperti itu.
Wardina percaya, Yasin sepatutnya diberikan rawatan untuk memulihkan dirinya yang mempunyai masalah bipolar.
Antara komen dari Wardina ialah dia merasakan Yasin tidak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung.
Sebaiknya Yasin patut diberi rawatan dan juga penyanyi berkenaan memerlukan sokongan.
Wardina juga menyatakan bahwa Yasin ini merupakan seorang kawan dan artis yang amat berbakat, dan seorang individu yang baik hati.
Ini komen penuh dari Wardina tentang Yasin Sulaiman.
“Bebaskanlah dia dan tolong rawat serta bantu dia. Harap kekal kuat di sana kawanku. Kami semua sokong anda.”
Dalam pada itu, pihak rakan dan family turut menyatakan sokongan tak berbelah bagi dan kini telah dilancarkan tanda pagar justice for Yasin Sulaiman dan juga I stand for Yasin Sulaiman. Wardina juga dilhat turt sama menggunakan hash tag ini.
Untuk info, Wardina sebelum ini pernah bekerja sama dengan Yasin Sulaiman dalam satu muzik video berjudul Rindu Padamu untuk album Salsabila.
Yasin Sulaiman kini ditahan setelah didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan berkenaan pokok yang dilarang oleh pihak berkuasa.
Pada minggu lalu, kediaman Yasin Sulaiman telah diserbu dan didapati terdapat 17 pasu berisi pokok berkenaan dirumah penyanyi berumur 47 tahun ini.
Yasin Sulaiman merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Brothers sebelum bergerak solo dan antara pencapaian cemerlangnya ialah berjaya membawa pulang anugerah Juara Lagu menerusi lagu Mimpi Laila.