Pasangan selebriti yang baru saja berkahwin iaitu Raja Syahiran dan Uyaina Arshad mengumumkan satu berita yang amat baik kepada semua.
Pasangan ini mengesahkan bahawa Uyaina kini sedang hamil anak pertama.
Pengumuman yang menggembirakan itu telah dibuat melalui satu kenyataan rasmi di posting Instagram kedua-dua selebriti ini sekitar jam enam petang tadi.
Ini kenyataan dari Uyaina dan juga Raja Syahiran.
“Salam bulan Ramadan, syukur alhamdullilahhh begitu banyak nikmat yang Allah berikan buat kami, Syahiran dan Uyaina.”
“Dengan keizinannya tak lama lagi family kecil kami ini akan bertambah. We are pregnant.”
“Secara jujur, kami berdua masih belum lagi dapat percaya bahawanya kami berdua akan bergelar ibu dan ayah. Memang tak sabar nak lihat our little one.”
Kedua mereka berharap semua pihak dapat mendoakan agar semua urusan akan dipermudahkan, berjalan dengan lancar.
“Kami berdua meminta doa dari semua demi kesejahteraan serta keselamatan Uyaina dan juga baby kami, dari tempoh kehamilan sampailah detik melahirkan anak nanti. Sama-sama doa dan minta semua akan dipermudahkan.”
Sempena kehadiran bulan puasa ini, ianya menjadi detik manis buat mereka berdua, menyambutnya sebagai suami isteri dan juga menerima perkhabaran gembira bakal menajdi ibu bapa.
“Di bulan Ramadan pada kali ini telah membawa seribu satu kemanisan buat kami berdua, Syahiran dan Uyaina. Buat pertama kali kami sambut Ramadan sebagai suami isteri, dan bakal jadi ibu bapa.”
Uyaina juga mengesahkan bahawa dia kini dah pun masuk second trimester.
Untuk info, Raja Syahiran dan Uyaina disatukan sebagai pasangan suami isteri pada bulan Disember than 2021. Gambar wedding mereka berdua ini memang amat cantik lagi dengan berlatarbelakang kan pemandangan menara berkembar KLCC. Ianya diadakan di Colony Star Boulevard.
Sekali lagi, tahniah diucapkan buat Raja Syahiran dan juga Uyaina Arshad. Semoga semua berjalan lancar.