Ini sedikit infomasi terkini tentang bekas pengasuh Siti Aafiyah, anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit.
Semua pun dah tahu bahawa Dayah Zubit kini sedang hamil anak pertamanya, hasil perkahwinan dengan seorang pemain bola sepak di Terengganu.
Nama suaminya ialah Ridzuan Razali, seorang pemain sayap yang lebih mesra disapa dengan nama Mamat, dikalangan rakan-rakan bola sepaknya.
Melalui satu post dari suami Dayah Zubit, satu berita gembira telah diterima yang mana Dayah telahpun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Dayah atau nama penuhnya, Nur Hidayah, melahirkan baby yang comel pada awal pagi sekitar jam 2pagi pada tarikh 7 Februari 2022 di hospital swasta, Salam Specialist Hospital, Kuala Terengganu.
Ridzuan ada muatnaik satu foto sedang mendukung baby sulungnya itu tetapi mengambil keputusan menutup wajah baby berkenaan.
Ini tulisnya: “Syukur Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. 2:41 pagi, terikh 7 February 2022.”
“Terima kasih sayang, semoga sayang cepat sembuh dari semuanya. Dayah Zubit.”
Dari Instagram story Ridzuan, Dayah Zubit telah pun bersedia untuk melahirkan anak sekitar jam 1 pagi tadi. Ketika itu Ridzuan muatnaik wajah isterinay di atas katil serta mendoakan agar segala urusan isterinya akan dipermudahkan.
Selain itu, Ridzuan juga ada muatnaik video Dayah Zubit yang sedang mengalirkan air matanya, mungkin kerana gembira, semuanya dah selamat.
Untuk info, baru-baru ini, Dayah Zubit dimasukkan ke hospital kerana terjatuh dari motorsikal. Ketika itu doktor mengatakan Dayah alami luka, namun baby dalam kandungan semuanya baik dan okey.
Tahniah diucapkan kepada Dayah Zubit dan juga suaminya, Ridzuan di atas kelahiran anak sulung ini, semoga sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan sebagai ibu dan bapa.