Memang hebat berniaga, itulah yang boleh dilabel kepada bintang laman media sosial Syahmi Sazli.
Terkenal di Facebook dan YouTube, Syahmi Sazli mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk berniaga air balang.
Perniagaan ini dibuat hanya di depan pejabatnya di Kubang Kerian, Kelantan. Namun, walaupun hanya di depan pejabat, ianya mendapat sambutan hangat.
Pada 25 April lepas, Syahmi ada muatnaik permohonan maaf apabila ramai yang beratur panjang untuk membeli air balangnya. Malah ada juga yang tak dapat beli sebab ianya dah sold out.
“Mohon maaf sangat kepada mana yang tidak sempat nak beli tadi, barang semua dah habis awal. Tadi 860 tin susu dan 170 beg ais dah habis. Buah strawberry pun habis dalam 30 kilogram, esok akan standby lebih sikit.” Itu antara komen Syahmi.
Melihat sambutan hangat air baling Syahmi Sazli ini, seorang pengguna di Facebook bernama Faridzul Asyraf Mat Ariffin memberi pendapat, cara Syahmi memang hebat.
Dengan nama yang dia ada sebagai seorang influencer, Syahmi Sazli dianggarkan mampu meraih jualan sekitar RM14ibu untuk satu hari.
“Seronok tengok Syahmi ni berniaga, kalau 170 beg ais, maka dah boleh dapay lebih kurang 80 hingga 85 balang dan dia jual dengan harga RM5 sebungkus. Satu balang boleh dapat 35 hingga 40 bungkus, jadi pendapatan kasar dianggarkan lebih kurang RM12 ribu sampai RM14 ribu untuk sehari saja.”
Bagi Faridzaul Asyraf, dia telah buat kajian bagaimana Syahmi mampu membuat satu fenomena hanya menjual air balabg saja.
Ada beberapa point yang diberikan tentang cara Syahmi memikat hati pelanggan.
Antaranya ialah Syahmi akan kerap buat sesi live untuk menjual. Apa yang diperhatikan, memang berbeza apabila Syahmi mula buat live yang mana semakin hari, semakin ramai yang datang beratur.
Selain itu, cara Syahmi buat presentation dengan menampilkan ais krim dan juga buah-buahan dalam air balang nya itu membuatkan ramai yang tertarik mahu merasanya.
Ini komen penuh dari Faridzul tentang Syahmi Sazli dan air balangnya.
Selain itu, dapat dilihat Syahmi Sazli sentiasa melayan para pelanggan dan turut memohon maaf kepada semua yang menunggu beratur dengan panjang.
Tahniah buat Syahmi Sazli dan team dia, semoga terus success.