“Buang saja Shuk” Netizen marah sampai minta station radio dan TV ambil tindakan

3,432 views

Kisah Shuk yang didedahkan oleh isterinya bahawa dia masih jalinkan hubungan dengan wanita lain, telah membuatkan ramai netizen berang.

Isteri Shuk bernama Rossa Seraa dah terlalu sedih dan mendedahkan sikap suaminya itu di laman media sosial semalam.

Selepas itu, habis Shuk kena dengan netizen yang menulis banyak komen di laman IG Shuk.

Entry terakhir Shuk ialah video misteri tentang bunyi perempuan menangis di latar belakang ketika Shuk buat video live di IG.

Selepas isunya tersebar, netizen memberi komen bahawa perempuan menangis itu merupakan isterinya yang mahu Shuk balik ke rumah.

Ada juga mengatakan, hantu tu menangis kerana perbuatan Shuk kepada isterinya. Jom baca komen netizen berkaitan bunyi perempuan menangis ini.

Raihana Rahim: “Datang nak dengar suara hantu menangis. Tapi jadi makcik bawang pula. Isteri menangis rupanya ajak suami balik.”

Shaazayassin pula menulis: “Bini kau menangis tu Shuk. Kerana kau duk kat rumah perempuan lain. Dia bagi kasut je kat bini kau.”

Ini pula komen dari Syhrhzamri: “Hantu pon sedih tengok kau muka macam ni pun curang.”

Dalam pada itu, ada juga netizen yang naik angin dan menulis majikan kepada Shuk buat sesuatu kepadanya. Ada juga yang menulis mahu tutup tv atau tutup radio dan memboikot semua rancangan yang disertai oleh Shuk selepas ini.

Ini antara komen dari netizen tentang isu ini.

Shuk merupakan pelawak yang hadir dari rancangan Raja Lawak bersama kumpulan Balas. Di awal kemunculannya, Shuk selalu kena dengan netizen kerana buat lawak double meaning secara live.

Selain pelawak, Shuk merupakan penyampai radio Hot FM dan juga pengacara untuk beberapa rancangan hiburan.

Ini merupakan pendedahan kali kedua yang dibuat oleh Rosaa Seraa tentang perbuatan suaminya Shuk. Sehingga kini, Shuk masih belum ada beri sebarang kenyataan tentang pendedahan isterinya itu.