Che Ta tolak watak jadi ibu kepada Remy Ishak

2,431 views

Rozita Che Wan akui telah menolak tawaran berlakon drama bersiri 40 episod dengan pelakon terkenal Remy Ishak.

Pelakon yang terkenal dengan nama panggilan Che Ta ini menolak tawaran berkenaan kerana diberi watak sebagai ibu kepada Remy.

Ianya kerana Che Ta merasakan tak sesuai untuk dia melakonkan watak ibu kepada Remy yang maan umur mereka berbeza 9 tahun saja.

Jelasnya, ianya kelihatan tak realistic untuk menjadi ibu kepada pelakon yang agak matang. Berbeza sebelum ini yang mana Che Ta menerima watak menjadi ibu kepada pelakon muda yang baru berumur 20an.

“Saya okay saja berlakon watak sebagai ibu, tetapi taklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya memang selalu dapat watak sebagai ibu dan ianya bukan isu pun. Namun begitu, agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang menjadi anak saya tu.”

“Remy Ishak bagi saya terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama tersebut. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik sikit.”

Che Ta juga mendedahkan dia dan Remy pernah berganding sebelum ini dan bukan sebagai anak dan ibu.

“Antaranya dalam telefilem Masihkah Ada Sinar yang masuk Anugerah Skrin 2011. Sebelum itu pun memang saya dan Remy ada beberapa kali dah berlakon sama.”

Che Ta kini berumur 48 tahun manakala Remy Ishak berumur 39 tahun, dan jika dilihat ianya memang kurang logic seperti yang dikatakan oleh Che Ta itu kerana umur mereka hanya berbeza 9 tahun saja.

Sebelum ini Rozita Che Wan pernah membawa watak ibu kepada beberapa pelakon muda seperti ibu kepada Scha Elinea dalam Dayang Senandung dan ibu kepada Rita Nadira dalam drama Kerana Dia Suka.