Betulkah Tauke kahwin lagi dengan wanita bernama Shu? Video tersebar?

5,529 views

Pada petang Selasa, satu video telah tersebar yang mana menunjukkan wajah seorang lelaki persis pelawak terkenal iaitu Tauke Jambu dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita.

Dari video itu, seorang wanita mendedahkan rakannya bernama Shu telah berkahwin dengan lelaki persis Tauke Jambu.

Video berdurasi 15 saat itu dimuatnaik di satu akaun media sosial aplikasi TikTok dikenali sebagai Piddyys.

Dari ucapan, wanita berkenaan mengucapkan selamat berbahagia kepada rakannya bernama Shu dan juga pasangannya.

“Semoga bahagia, tahniah Shu, semoga berbahagia dengan pasangan. Berakhir sudah perjuangan saya, harapnya dapat jadi isteri yang baik kepada suami pilihan kamu.”

Melihat cara penyampai dari video di akaun TikTok itu, ianya dibuat seakan Tauke ni dah kahwin lagi. Video itu juga dah ditonton lebih satu juta kali.

Jika dilihat di ruangan komen, ramai netizen tertanya adakah hal ini benar-benar berlaku, adakah betul Tauke kahwin lagi. Dan ada juga yang bertanya status perkahwinan Tauke dengan isterinya, Nadia.

Kemudian dijengah pula ke akaun Instagram Tauke, pelawak ini ada muatnaik sekeping foto memakai baju melayu putih, dan ianya tak ada sebarang caption.

Di Instagram juga, rata-rata follower tauke menulis komen mahu ketahui adakah Tauke sudah berkahwin lagi dan hadir ke Ig setelah menonton video dari Tiktok itu.

Namun ada juga yang menulis komen mengatakan mungkin Tauke sedang jalani penggambaran saja dan sejak buat scene berkahwin.

Sehingga kini belum ada lagi kenyataan atau respon dari Tauke yang terkenal dengan kumpulan Jambu bersama arwah Yus.

Melihat akaun Ig isterinya, kal terakhirnya isterinya update foto ialah sekitar bulan Oktober yang lalu.

Untuk info, Tauke bernikah dengan Nadia Muhd Effendi pada tahun 2017 dan sepanjang perkahwin telah mempunyai dua orang anak.

Kita tunggu saja penjelasan dari Tauke tentang video berkenaan dengan wanita bernama Shu itu.