Dah tak lawa, nampak sakit, komen netizen kepada Fathia Latiff setelah cucuk rahang

25,577 views

Pelakon Fathia Latiff kembali jadi sebutan namanya setelah lama menghilang diri dari radar dunia seni.

Fathia Latiff mula disebut kembali dan jadi topic berita portal hiburan setelah hubungannya dengan rakan artis Zarina Anjoulie kembali pulih.

Mereka berdua dilihat lepak bersama malah ada buat beberapa buah video di laman media sosial.

Kemudian, pelakon berumur 34 tahun ini ada muatnaik satu video yang menunjukkan dia sedang menerima suntikkan di bahagian dagunya atau lebih tepat di area rahang.

Rupanya suntikkan itu dibuat untuk mencantikkan lagi bahagian dagu iaitu dengan menampakkan lagi jaw line.

Fathia Latiff turut memperkenalkan klinik yang membuat rawatan berkenaan kepada orang ramai.

Ini tulis dari Fathia Latiff di ruang caption: “Vogue jaw line creation. Sesiapa yang ada rasa tak puas hati dengan jaw line atau dagu, boleh buat tambahan di bahagian ini. Jaw fillers namanya. Jaw filler ini adalah satu gel yang akan disuntik di bahagian bawah kulit dan ianya akan stimulate penghasilan acid dan juga collagen.”

Namun begitu apabila dilihat di ruang komen, rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan Fathia itu. Malah ada yang melabel perbuatannya itu salah di sisi agama kerana mengubah ciptaan Tuhan untuk kelihatan cantik.

Ada juga mengatakan tak perlu nak cucuk sana sini kerana Fathia ni sebenarnya dah cantik semulajadi.

Jom baca antara komen-komen dari netizen di video Fathia Latiff itu.

Melihat ada beberapa komen tentang isu cucuk jaw filler ini, Fathia turut memberi rerspon balas.

Dude, awak tu sila jaga sikit mulut, awak tak tahu apa-apa berkenaan kecantikan. Diam ye. Guys memang tak tahu anything berkenaan cantik ni. Guys hanya tahu habiskan duit kat perempuan je.”

Lebih baik diamkan diri saje kalau tak ada perkara berfaedah, stay that way. Untuk perempuan semua, sila teruskan usaha untuk cantikan diiri anda, janganlah risau untuk menajdikan diri lebih cantik.”