Dai Farhan lafaz talak pada Dr Erin menerusi Whatsapp, ini puncanya

3,852 views

Akhirnya hubungan perkahwinan antara Dai Farhan (30 tahun) dan isterinya Dr Erin (40 tahun) berakhir pada tarikh 27 April baru-baru ini.

Kisah perpisahan ini disampaikan sendiri oleh Dr Erin melalui media sosial miliknya. Jelasnya keputusan perpisahan itu adalah atas permintaannya sendiri.

Antara puncanya ialah Dr Ein menjelaskan bahawa Dai Farhan tidak boleh berjauhan dengan anak dan ada syarat dari keluarga bekas madu iaitu Fatin.

Menerusi laporan, lafaz talak satu itu dibuat oleh Dai Farhan menerusi satu record suara di aplikasi Whatsapp kepada Dr Erin.

“Untuk info kepada semua, ustaz (Dai Farhan) dah pun lafaz talak cerai pada saya pada tarikh 27 April lalu setelah saya yang minta untuk dilepaskan. Ini adalah yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh nak move on.

“Perpisahan ni saya yang mintak kerana saya terlalu penat dengan episod kejap kata nak rujuk dan kemudian nak ceraikan saya pula. Tiba-tiba tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk madu dengan saya. Selepas itu tak jadi, kena ceraikan saya balik. Saya tahu ustaz pun serba salah sebab tu saya pilih untuk berpisah secara rela”.

Kata Dr Erin, dia beri izin kepada Dai Farhan untuk rujuk dengan bekas isteri sebab Farhan tak boleh berpisah jauh dengan anaknya.

Namun, antara syarat yang ditetapkan oleh bekas isteri Farhan ialah dia kena ceraikan Dr Erin sebab keluarganya tak mahu anaknya hidup dalam keadaan bermadu.

“Pada tarikh 11 Februari lepas, saya sukarela beri keizinan kepada ustaz untuk rujuk dengan bekas isteri selepas dia pulang dari jumpa anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak. Namun, dia kata pihak bekas isteri bagi syarat kena berpisah dengan saya kerana ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.

“Kerana amat sayangkan ustaz (Dai Farhan), saya kata padanya bawa saya jumpa keluarga mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan ustaz semula. Ini asalkan ustaz dapat bersama dengan anaknya”.

“Saya reda sekiranya ini dugaan untuk saya kehilangan orang yang saya saying. Lebih baik dari tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Jadi ada baiknya saya yang mengalah saja.

“Sejak bulan Februari nak akhiri perkahwinan dan saya bertekad nak berpisah juga pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua namun tiba-tiba saya tahu mengandung pula. Apapun, saya dah nekad dengan keputusan saya untuk berpisah”.

Dalam masa sama, Dr Erin harap jangan kaitkan lagi dirinya dengan Dai Farhan dan meminta ampun dari mana pihak yang terkesan sepanjang perkahwinannya itu.