Dihentikan serta merta, ini kenyataan rasmi CEO Bubble Bee

52,577 views

Jenama Bubble Bee diketahui sedang menempa nama ketika ini. Air bobba dengan madu, memang berjaya buat ramai sanggup beratur panjang untuk menikmatinya.

Bubble Bee ini sinonim betul dengan nama pelawak Shuib Sepahtu. Diketahui bahawa pelawak ini antara pemilik bersama syarikat berkenaan.

Namun secara tiba-tiba ada isu yang timbul ekoran tertangkapnya individu yang buat kegiatan menipu macauscam dan ada individu itu yang membeli franchise Bubble Bee.

Dek kerana itu, Shuib telah dipanggil untuk siasatan oleh SPRM.

Bubblebee Sdn Bhd akhirnya buat satu kenyataan media dari Dato’ Ismail bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, CEO syarikat Bubblebee Sdn Bhd.

Pihak syarikat ambil keputusan untuk stop segala kerjasama dengan dengan serta merta berkaitan kesemua suspek yang terlibat dengan siasatan SPRM. Individu berkenaan adalah rakan franchise yang menguruskan empat cawangan, iaitu Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.

Empat cawangan tersebut kini akan ditutup sementara waktu dan akan diambil alih operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Ini kenyataan rasmi dari syarikat berkenaan.

Dari kenyataan itu, pihaknya akui Shuib Sepahtu antara ahli lembaga pengarah yang dipanggil untuk siasatan kes ubah wang.

Shuib dan isterinya Siti Sarah, adalah merupakan individu yang terlibat dalam pemasaran jenama Bubble Bee ini.

Tentang rakan kerjasama yang jadi suspek kes ubah wang itu, walaupun tidak diketahui bahawa individu yang terlibat itu benar-benar bersalah kerana kes sedang disiasat, pihak Bubble Bee akui amat terkesan dengan isu yang melanda.

Jenama berkenaan menerima impak yang kurang baik sekaligus membuatkan reputasi terjejas. Oleh itu mereka tekad untuk stop semua kerjasama dengan individu berkenaan.

Bubble hanya mula beroperasi pada tahun 2019, dan telah berkembang dengan pesat. Kini Bubble Bee ada 17 cawangan kedai minuman di seluruh negara. 11 kedai adalah milik penuh ibu pejabat Bubblebee. Hanya 6 kedai dibuka secara usahasama franchise.

Itulah penjelasan lanjut dari pihak Bubble Bee. Semoga dipermudahkan urusan.