Dr Amalina sah bertunang, ini foto tunangnya yang kacak

4,215 views

Instafamous yang merupakan pelatih doctor pakar bedah dari Malaysia iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri pada hari ini, telah buat satu pengumuman yang gembira yang mana dia telahpun bertunang dengan kekasihnya, jejaka yang berasal dari negara eropah.

Pengumuman itu dibuat oleh Amalina di laman media sosial yang mana ada dua gambar diupload menunjukkan dia bersama tunang dan sedang menyarung cincin di jari.

Di ruang caption, Dr Amalina telah menulis dan menyatakan dia amat teruja dengan perkembangan hubungannya itu dan akan buat persiapan perkahwinan.

Dari caption juga, dibayangkan bahawa majlis perkahwinan akan diadakan di United Kingdom dan juga di tanah air Malaysia.

Saya amat teruja nak merancang dua majlis perkahwinan iaitu di UK dan juga Kuala Lumpur. Excited about wedding planning twice, United Kingdom and Malaysia“.

Dr Amalina turut menulis hash tag #engaged yang terus mengesahkan bahawa dirinya kini sudah pun berstatus tunangan orang.

Ramai yang menulis ucapan tahniah kepada Dr Amalina Bakri termasuklah para follower dan juga netizen. Terdapat juga beberapa selebriti yang tampil ucap tahniah seperti Lisa Surihani.

Lisa Surihani menulis: “Tahniah buat doctor dan juga bakal suami”. Selebriti lain yang turut meninggalkan komen ialah Dato Aznil Haji Nawawi, Daphne Iking, Sherry Alhadad, Ramona Zamzam, dan ramai lagi.

Sehingga kini, tidak diketahui nama penuh dan juga indentiti sebenar tuning kepada Dr Amalina ini, Cuma yang diketahui beliau berasal dari negara eropah sahaja.

Dr Amalina ada banyak kali muatnaik bersama jejaka berkenaan termasuk menyambut hari raya bersama dan tunangnya memakai baju melayu lengkap bersampin.

Sebelum ini juga pernah viral yang mana tuning Amalina itu pernah cuba ibadah puasa namun hanya mampu bertahan sekitar 5 jam sahaja di awal percubaannya.

Dr Amalina terkenal dengan beberapa postingnya yang sering memberitahu masyarakat tentang sesuatu info terutama melibatkan kesihatan. Malah Dr Amalina juga antara yang membantu dalam memberi rawatan kepada adik Ainul Mardhiah di London.

Apapun tahniah buat Dr Amalina dan juga bakal suami.